20 cawangan UMNO desak Najib letak jawatan

20 cawangan UMNO desak Najib letak jawatan
Desakan itu dibuat susulan kegagalan Perdana Menteri menyelesaikan isu negara khususnya 1MDB.

Sebanyak 20 cawangan UMNO Bahagian Sepang mendesak Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan Perdana Menteri dan Presiden parti kerana telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan beliau.

Tindakan itu dibuat susulan kegagalan Najib menyelesaikan isu negara khususnya skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Mereka turut menggesa supaya Perdana Menteri diganti dengan Timbalan Presiden UMNO mengikut kedudukan terkini atau mengadakan pemilihan semula parti.

“Isu 1MDB menjadi barah yang merosakkan dan melemahkan UMNO, semakin dibiarkan kemelut dalam syarikat ini, maka semakin lemah dan rosak UMNO yang mudah diserang dan ditohmah oleh pembangkang. 1MDB menjadi modal dan alat untuk melemahkan UMNO.

“Ini amat mengecewakan, kami tidak mahu parti UMNO dijadikan milik seseorang bukan milik peribadi Najib kami harap supaya isu tersebut diselesaikan sebelum UMNO ditolak akan datang,” kata jurucakap yang juga ketua Cawangan Rista Villa Perdana, Rushdan Mohamed.

Antara cawangan UMNO yang hadir sidang media malam tadi ialah Kampung Meranti, Rista Villa Perdana, Admiral, Taman Desa Dengkil, Dengkil Pekan, Pinggiran Cyber , Kampung Sungai Rasau, Kampung Limau Manis, Semarang, Boundry Permai, manakala yang lain tidak hadir namun bersetuju mendesak Perdana Menteri meletak jawatan.

Mengulas lanjut, Rushdan berkata, sebagai rakyat Malaysia mereka malu mempunyai seorang Perdana Menteri yang dihina oleh negara luar.

Katanya, jika Perdana Menteri tidak meletakkan jawatan, UMNO dan Barisan Nasional akan hilang lebih banyak undi orang Melayu pada PRU 14.

Kesemua 20 ketua UMNO cawangan itu bersedia berdepan tindakan disiplin parti kerana membuat desakan demi membawa kebenaran.

“Kami sedia untuk diambil tindakan, kami tak mahu disoal anak cucu apa anda lakukan untuk pertahankan UMNO yang dimusnahkan oleh pemimpin,” katanya.

Sebelum ini, 13 Ketua Cawangan UMNO Teluk Kemang turut membuat desakan yang sama terhadap Najib.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers