Kes tuntutan mutaah RM100 juta:Peguam cabar kredibiliti saksi

Kes tuntutan mutaah RM100 juta:Peguam cabar kredibiliti saksi
Penghujahan yang timbul adalah sama ada Shahnaz seorang yang boleh dipercayai, berkelayakan untuk menerima jumlah sebesar itu di bawah undang-undang Syariah

Peguam kepada ahli perniagaan Sarawak Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib pada Selasa mencabar kredibiliti saksi dalam perbicaraan RM100 juta Mutaah yang dituntut oleh bekas isteri beliau Shahnaz Abdul Majid.

Penghujahan bertulis setebal 151 mukasurat dengan sokongan 76 nas undang-undang dan Syariah setebal 420 mukasurat telah difailkan oleh Datuk Seri Mahmud untuk pertimbangan mahkamah.

Penghujahan lisan dibuat di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur hari ini di hadapan Hakim, Muhamad Abdul Karim Wahab, Peguam, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar dan Saadiah Din mewakili Datuk Seri Mahmud.

“Tujuan mutaah adalah untuk isteri yang diceraikan memulakan hidup baru. Dalam kes berkenaan, Shahnaz yang tinggal berasingan dengan Mahmud selama lebih 10 tahun telah diberikan rumah banglo, kereta dan nafkah.

“Oleh itu, tujuan pemberian mutaah ini telah pun dicapai dan mahkamah tidak perlu memberi sebarang award lagi,” kata Datuk Zainul Rijal.

Dakwaan bahawa Mahmud mempunyai aset berjumlah lebih daripada RM1 bilion nilaian ‘penasihat bebas‘ Ferrier Hodgson MH yang dilantik oleh bekas isteri beliau, hendaklah diabaikan dan dianggap sebagai tidak mempunyai kredibiliti atas sebab ia tidak mengikut Piawaian 9 yang ditetapkan oleh Piawaian Penilaian Malaysia.

Zainul memberitahu mahkamah, bahawa laporan penilaian yang telah dikemukakan oleh Andew Heng mesti mengandungi butiran yang jelas daripada jurunilai, asas penilaian yang digunakan serta andaian dan maklumat di mana ia diasaskan.

Bagaimanapun, laporan tersebut telah menyatakan bahawa ia tidak mempunyai akses kepada maklumat syarikat milik Mahmud sebagaimana yang telah didakwa.

“Sesungguhnya, penasihat bebas itu jelas sekali tidak pernah menghantar arahan bertulis kepada klien saya mahupun setiausaha syarikat beliau untuk menentukan jumlah pegangan saham beliau serta jumlah aset sebenarnya,” kata Zainul.

Zainul juga berhujah bahawa laporan penilaian yang dikemukakan, gagal untuk menyatakan tarikh pemeriksaan tanah, nama pegawai bertugas atau pembantunya, dan penerangan bertulis mengenai hartanah, keadaan hartanah, perkhidmatan yang disediakan, dan lain-lain mengenai hartanah berkenaan.

Laporan itu katanya, mendakwa, bahawa tanah dengan hasil tuaian minyak sawit itu, adalah hanya tanah tandus yang penuh dengan paya. Tiada sebarang pemeriksaan fizikal atau lawatan tapak dibuat untuk penilaian.

“Laporan itu juga gagal mengambil kira pinjaman dan liabiliti klien saya atau yang diambil oleh syarikat-syarikat beliau ketika membuat penilaian menyeluruh,” kata Zainul lagi.

Tambahnya, laporan penilaian itu juga mengandungi beberapa peruntukan oleh penulis di mana laporan tersebut bergantung kepada maklumat dan dokumen yang boleh diperolehi oleh orang awam, dan penghujahan bertulis dan lisan pemohon (Shahnaz Abdul Majid).

Laporan itu juga menyatakan bahawa ia tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kesalahan dalam menetapkan maklumat yang dipaparkan.

“Perlu diingatkan bahawa penilaian di atas adalah tertakluk kepada dasar yang khusus dan andaian dan batasan yang dinyatakan dalam Laporan. Sekiranya mana-mana andaian atau perubahan asas, mungkin ada kesan ke atas penilaian petunjuk – Ferrier Hodgson MH,” ujarnya.

Justeru, Zainul menegaskan bahawa laporan penilaian dengan skop yang terhad tidak boleh dipercayai kerana ia tidak dapat berpegang pada kandungannya. Ia adalah tidak tepat dan perlu ditolak oleh mahkamah.

Shahnaz juga mendakwa bahawa Mahmud mempunyai AS$700 juta yang diletakkan di dalam rentetan akaun bank luar pesisir di Kanada, Amerika Syarikat, Caribbean, Perancis, Luxembourg, Monaco, Hong Kong dan Switzerland. Beliau juga telah memberi keterangan bahawa dia mempunyai hartanah di dalam dan di luar negara, kata Zainul lagi.

“Tidak ada satu pun bukti dikemukakan kepada mahkamah mengenai dakwaan kewujudan akaun-akaun ini. Malah, bank-bank luar pesisir ini pun langsung tidak dipanggil untuk memberi keterangan. Klien saya telah pun memberi keterangan di mahkamah bahawa dakwaan ini adalah palsu dan pelakunya telah didapati bersalah atas kesalahan pemalsuan dokumen,” katanya.

Secara keseluruhannya, beliau berkata, Shahnaaz gagal membuktikan kesnya.

Tuntutan Mutaah yang melampau juga dicabar. Penghujahan yang timbul adalah sama ada Shahnaz adalah seorang yang boleh dipercayai, berkelayakan untuk menerima jumlah sebesar itu di bawah undang-undang Syariah dan jika ukuran kekayaan Mahmud bagi penentuan Mutaah adalah di dalam parameter pengadilan.

Tuntutan mutaah di bawah hukum Syariah di negara-negara Islam lain di dunia adalah sekurang-kurangnya 30 Dirham sebagai hadiah pendamaian (Mutaah). Ditukarkan kepada emas, ini akan berjumlah 100.8 gram atau dengan nilai Ringgit sebanyak RM14,112.00.

Petikan juga telah dibentangkan untuk menekankan bahawa ukuran kekayaan suami tidak boleh digunakan dalam penentuan `mutaah’ di bawah undang-undang dan prinsip-prinsip Syariah.

Bekas pasangan itu telah berkahwin pada tahun 1992 dan dikurniakan seorang anak lelaki.
Bagaimanapun 19 tahun kemudian ia berakhir dengan perceraian. Sejak itu, Mahmud telah menyediakan untuk bekas isterinya sebuah banglo di Bukit Damansara, elaun dan beberapa jenis kenderaan.

Selain tuntutan berjumlah RM100 juta untuk `mutaah’ hari ini, Shanaz juga memfailkan beberapa tuntutan lain berjumlah RM500 juta bagi bahagian aset perkahwinan.

Dalam tuntutan RM141 juta nafkah anak, Shahnaz gagal apabila Mahkamah Rayuan memutuskan sebulat suara memihak kepada Mahmud pada 14 Julai 2015 bahawa anak lelaki mereka, Raden Murya Abdul Taib Mahmud cukup matang dan mampu untuk memohon nafkah atas kehendaknya sendiri sebagai seorang dewasa.

Shahnaz dalam permohonannya, menuntut bagi anaknya sebuah rumah teres di London (RM60 juta), tempat kediaman di Bukit Tunku (RM10 juta), dua kereta Aston Martin (RM5.5 juta), insurans perubatan (RM5 juta) dan dana amanah (RM40 juta) yang akan diuruskan oleh beliau sendiri.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers