Usah peduli tawaran tidak logik

KUALA LUMPUR: “Sudah banyak kali kita ingatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan mana-mana skim berkepentingan yang menjanjikan pulangan luar biasa.

“Kalau untung yang dijanjikan nampak tidak logik, janganlah ambil,” kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Usah peduli tawaran tidak logik, KUALA LUMPUR: “Sudah banyak kali kita ingatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan mana-mana skim berkepentingan yang menjanjikan pulangan luar biasa.


Beliau mengulas laporan akhbar berhubung kes penipuan menggunakan nama Skim Beras 1Malaysia yang didalangi lelaki berusia 33 tahun di Kampung Menjau, Siburan, Sarawak semalam.

Ejen skim pelaburan palsu itu didakwa menggelapkan wang pelaburan bernilai RM1.98 juta yang dikutip daripada 12 penduduk kampung terbabit selepas berjanji mahu menjadikan mereka jutawan.


Menurut Ismail, rakyat sepatutnya tahun membezakan sama ada pelaburan yang ditawarkan itu realistik atau sekadar modal kosong untuk memudahkan pihak berkenaan mengaut keuntungan mudah.


“Dalam kes di Sarawak, skim berkenaan menjanjikan keuntungan 50 hingga 90 peratus sedangkan angka berkenaan jelas menunjukkan pulangan luar biasa.

“Sebagai orang yang menawarkan pelaburan, dia (suspek) juga mesti mahu untung...sebab itu kita selalu ingatkan pengguna, kalau tawaran itu nampak terlalu menarik, mesti ada sesuatu yang tidak betul,” katanya.


“Kalau keliru, semak status syarikat di laman web SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) atau hubungi terus talian bebas tol, jangan terus keluar duit sebab tamak mengejar untung,” katanya selepas merasmikan Seminar Pengguna 2012 di sini, semalam.

Berikutan itu katanya, SSM akan bertindak mengambil tindakan tegas mengikut Seksyen 90 Akta Syarikat 1965, kerana menjalankan skim berkepentingan tanpa mendaftar dengan suruhanjaya berkenaan.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers