Lelaki enggan alih motosikal dari parkir parah ditikam

PETALING JAYA: Hanya kerana enggan mengalih motosikal yang diletakkan di tempat letak kereta, seorang lelaki berusia 21 tahun kini kritikal selepas ditikam dua lelaki tidak dikenali bersenjatakan pisau di perut dalam kejadian di tempat letak kereta hadapan sebuah restoran di Jalan Pluto, di sini, malam kelmarin.

Akibat perbuatan dua lelaki terbabit mangsa yang dilaporkan menerima 50 jahitan di perut masih berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Lelaki enggan alih motosikal dari parkir parah ditikam, PETALING JAYA: Hanya kerana enggan mengalih motosikal yang diletakkan di tempat letak kereta, seorang lelaki berusia 21 tahun kini kritikal selepas ditikam dua lelaki tidak dikenali bersenjatakan pisau di perut dalam kejadian di tempat letak kereta hadapan sebuah restoran di Jalan Pluto, di sini, malam kelmarin.


Menurut sumber, dalam kejadian jam 11 malam itu, mangsa ditikam dua lelaki berkenaan selepas keengganannya mengalihkan motosikal miliknya yang diletakkan di tempat letak kereta di hadapan restoran berkenaan.

Sumber berkata, ketika kejadian, mangsa baru meletakkan motosikal miliknya di hadapan restoran berkenaan.


“Sebelum meninggalkan kenderaannya itu, mangsa dihampiri Proton Wira dinaiki dua lelaki tidak dikenalinya.


“Seorang daripada suspek turun dari kereta berkenaan sebelum mengarahkan mangsa mengalihkan motosikalnya itu ke tempat lain,” katanya.

Sumber berkata, keengganan mangsa menyebabkan berlaku pertengkaran lebih 10 minit sebelum rakan suspek campur tangan.


“Gagal menemui jalan penyelesaian, dua suspek yang bersenjatakan pisau menikam perut mangsa beberapa kali sebelum melarikan diri,” katanya.

Katanya, orang awam yang menyaksikan kejadian membantu mangsa dengan membawanya ke PPUM.


Mangsa yang kini dirawat di ICU PPUM dilaporkan kritikal dan menerima 50 jahitan di perut.


Sehubungan itu, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Kampung Melayu Subang, di sini, berhubung kejadian berkenaan.


Tambahnya, sehingga kini tiada tangkapan dilaporkan, namun usaha memburu dua suspek giat dijalankan.


Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil bagi membantu siasatan.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers