Jelajah negara kumpul suara kaum hawa

ALOR SETAR: Resolusi Program Aspirasi Wanita berkaitan idea, cadangan dan kritikan berhubung pembangunan wanita di negara ini akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bagi diambil tindakan selanjutnya.

Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (MPWKM), Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, siri jelajah Program Aspirasi Wanita dijalankan di seluruh negara bagi mendengar sendiri suara golongan itu di peringkat akar umbi.

Jelajah negara kumpul suara kaum hawa, ALOR SETAR: Resolusi Program Aspirasi Wanita berkaitan idea, cadangan dan kritikan berhubung pembangunan wanita di negara ini akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bagi diambil tindakan selanjutnya.


Menurutnya, melalui kaedah itu, pihaknya akan memberi penerangan kepada kaum hawa berhubung kelebihan disediakan membabitkan program, dasar dan perundangan yang membela dan membantu mereka. “Bagi Kedah, kita akan lakukan jelajah melalui program terbabit ke setiap kawasan Parlimen, sekali gus memastikan mesej yang ingin disampaikan sampai kepada golongan sasar berkenaan.

“Dalam masa sama kita akan kumpul segala suara isi hati mereka membabitkan pelbagai isu untuk tindakan susulan.


“Tindakan itu diambil selepas mengambil kira masih ramai wanita terutama di pedalaman yang belum menyedari kewujudan pelbagai kemudahan yang disediakan khusus kepada mereka,” katanya selepas merasmikan Program Aspirasi Wanita di peringkat Zon Utara, di Dewan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) di sini, semalam.


Shahrizat yang juga Ketua Pergerakan Wanita Umno berkata, sehingga kini beliau sudah turun padang ke dua zon membabitkan utara dan kawasan tengah melalui Program Aspirasi Wanita bagi mendengar sendiri suara golongan itu di peringkat akar umbi.

“Hasilnya, kita dapati masih ramai wanita terutama di luar bandar tidak sedar akan pelbagai bantuan dan kemudahan disalurkan kerajaan bagi membela nasib mereka.


“Justeru, melalui lawatan di dua zon ini, saya dapati kita perlu memperincikan lagi program dan polisi yang ada bagi memberi pendedahan kepada mereka tentang pelbagai bentuk bantuan itu yang ketika ini mesejnya masih tidak sampai kepada golongan sasar,” katanya.

Beliau berkata, suara hati wanita yang dikumpulkan sebagai resolusi Program Aspirasi Wanita akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.


“Kita bercadang anjurkan perhimpunan besar-besaran di bawah Program Aspirasi Wanita yang mengumpulkan golongan itu di seluruh negara, Februari depan.


“Resolusi itu mengandungi suara golongan itu di peringkat akar umbi akan diserahkan kepada Perdana Menteri, sebelum dihantar kepada kementerian berkaitan bagi tindakan susulan,” katanya.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers