Shila ceria dapat visa buat persembahan

KUALA LUMPUR: Penyanyi lagu Patah Seribu dan Memori Tercipta, Shila Amzah, 22, sah membuat persembahan pada World Music Awards 2012 di Marlins Park, Miami, Amerika Syarikat pada 22 Disember ini apabila beliau mendapat visa pada saat akhir.

Shila memberitahu Harian Metro, semalam, dia ditemani ayahnya, ND Lala serta ibunya, Fauziah Sarman dan mereka dijadual berlepas jam 8 malam ini (Rabu) dengan pesawat Etihad Airways.


Shila ceria dapat visa buat persembahan, KUALA LUMPUR: Penyanyi lagu Patah Seribu dan Memori Tercipta, Shila Amzah, 22, sah membuat persembahan pada World Music Awards 2012 di Marlins Park, Miami, Amerika Syarikat pada 22 Disember ini apabila beliau mendapat visa pada saat akhir.


Apa yang membanggakan bagi anugerah tahunan itu, Shila atau nama sebenarnya, Nur Shahila Amir Hamzah, menerima pencalonan bagi kategori World Best Female Artist bersama penyanyi handalan lain termasuk Madonna, Beyonce, Adele, Taylor Swift, Selena Gomez, Pink dan Kelly Clarkson. Shila berkata, dia perlu memperoleh dua visa daripada Kedutaan Amerika Syarikat iaitu visa pelancongan yang diterima lebih awal diikuti visa persembahan yang memerlukan proses kelulusan lebih terperinci.

“Alhamdulillah, syukur segala-galanya selesai. Perancangan saya bertolak ke sana sebelum 20 Disember ini terlaksana dan semuanya dipermudahkan Allah S.W.T.


“Pada acara itu nanti saya menyampaikan dua lagu dan kemungkinan besar lagu yang pernah saya nyanyikan ketika bertanding di Shanghai, September lalu,” kata penyandang gelaran juara bagi Asian Wave 2012 ini.


Tidak meletakkan harapan tinggi, Shila bagaimanapun berjanji memberikan persembahan terbaik dan menganggap ia satu peluang terhebat mempamerkan bakat dalam satu lagi acara bertaraf dunia demi mengharumkan nama Malaysia.

“Menang atau kalah itu perkara kedua, maklum sajalah ia membabitkan nama hebat muzik antarabangsa. Apa yang penting, saya diberi peluang membuat persembahan bersama ramai penyanyi terkenal,” katanya.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers