Penjara 7 bulan cuba langgar polis

PETALING JAYA: Dua pelajar masing-masing warga Columbia dan Guatemala dijatuhkan hukuman penjara tujuh bulan dan didenda RM3,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam atas kesalahan cuba melanggar seorang anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya.

Hakim Suraiya Mustafa Kamal menjatuhkan hukuman itu terhadap Wilmar Albearto Uribe Lodila, 25, dan John Bayron, 23, selepas kedua-duanya mengaku bersalah apabila pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Penjara 7 bulan cuba langgar polis, PETALING JAYA: Dua pelajar masing-masing warga Columbia dan Guatemala dijatuhkan hukuman penjara tujuh bulan dan didenda RM3,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam atas kesalahan cuba melanggar seorang anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya.


Mahkamah memerintahkan kedua-duanya menjalani hukuman itu bermula tarikh mereka ditahan iaitu 29 Ogos lalu dan tambahan penjara tiga bulan lagi sekiranya gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa dengan niat bersama menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam, Sazali Abdul Samek dari cawangan kereta peronda, IPD Subang Jaya dengan cuba melanggar anggota itu dengan menggunakan sebuah kereta.


Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di tepi rumah nombor 62A, Jalan USJ 18/2A, Subang Jaya, di sini, jam 9.35 malam, 26 Julai lalu.


Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Ching Kian Chun memohon hukuman setimpal dikenakan kerana kes berkenaan membabitkan keselamatan penjawat awam.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers