Suami isteri ditahan bantu siasatan

KOTA BHARU: Polis Kelantan menahan pasangan suami isteri berusia 40 dan 30 tahun bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan warga Bangladesh yang ditembak di kepala di Lorong Tok Gading dekat Jalan Bayam, di sini, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, pasangan penduduk tempatan itu ditahan tujuh jam selepas kejadian berdekatan Jalan Padang Garong, di sini, pada jam 1.30 pagi semalam.

Suami isteri ditahan bantu siasatan, KOTA BHARU: Polis Kelantan menahan pasangan suami isteri berusia 40 dan 30 tahun bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan warga Bangladesh yang ditembak di kepala di Lorong Tok Gading dekat Jalan Bayam, di sini, kelmarin.


Katanya, mereka ditahan reman tujuh hari bermula semalam, bagi membantu siasatan.

“Penahanan suami isteri itu hasil siasatan awal polis dan mereka direman sehingga 24 Disember ini bagi membantu siasatan," katanya.


Ditanya mengenai hubungan pasangan berkenaan dengan mangsa, Mazlan menjelaskan perkara itu masih dalam siasatan, namun tidak menolak kemungkinan mereka saling mengenali.


Pasangan suami isteri itu dibawa ke Mahkamah Majistret di sini, pada jam 11 pagi semalam, untuk mendapatkan perintah reman.

Pendaftar Mahkamah Majistret, Rozita Md Saad membenarkan permohonan reman berkenaan.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers