Mangsa takut ditinggal ibu

ALOR SETAR: “Arwah sempat makan ayam kicap yang saya masak dengan penuh selera sebelum dia ditinggalkan bersama teman lelaki saya,” kata Norhafiza Othman, 25, ibu kepada Muhammad Faiz Iqhmal Iskandar, 2, yang maut dipercayai didera teman lelaki ibunya di sebuah rumah di Kampung Berjaya, Mergong, kelmarin.

Beliau berkata, kali terakhir dia bertemu anak tunggalnya itu kira-kira jam 12 tengah hari kelmarin ketika dia hendak ke tempat kerja, tetapi Muhammad Faiz kelihatan sedih apabila dimaklumkan dia akan tinggal bersama suspek.

Mangsa takut ditinggal ibu, ALOR SETAR: “Arwah sempat makan ayam kicap yang saya masak dengan penuh selera sebelum dia ditinggalkan bersama teman lelaki saya,” kata Norhafiza Othman, 25, ibu kepada Muhammad Faiz Iqhmal Iskandar, 2, yang maut dipercayai didera teman lelaki ibunya di sebuah rumah di Kampung Berjaya, Mergong, kelmarin.


“Saya menerima panggilan mengenai kejadian yang menimpa anak saya itu kira-kira jam 3.30 petang semalam (kelmarin) ketika bekerja dan bergegas ke wad kecemasan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, tetapi anak saya disahkan meninggal dunia.

“Saya mahukan keadilan dan berharap kes ini akan selesai,” katanya yang ditemui di rumahnya di Flat Simpang Kuala, di sini, semalam selepas menerima kunjungan Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanifah.


Semalam, Harian Metro melaporkan Muhammad Faiz meninggal dunia dipercayai didera teman lelaki ibunya di sebuah rumah di Kampung Berjaya., dan disahkan mati sewaktu dibawa ke klinik berhampiran sebelum dirujuk ke HSB, kira-kira jam 3 petang selepas mendapati badannya lebam dan mengalami kecederaan.


Sementara itu, datuk mangsa, Othman Hashim, 47, berkata, sebelum ini dia yang menjaga kanak-kanak itu tetapi anak perempuannya, Norhafiza yang tinggal berasingan kerap mengambil Muhammad Faiz tinggal bersamanya.

Beliau berkata, dia pernah menegur Norhafiza apabila mendapati kemaluan mangsa dan seluruh badan kanak-kanak itu lebam serta cedera apabila cucu sulungnya itu dikembalikan tetapi anak kedua daripada tujuh beradik itu memberi alasan anaknya cuma jatuh dari motosikal.


“Disebabkan itu, berlaku pertengkaran antara anak sulung saya dengan Norhafiza menyebabkan beliau membawa Muhammad Faiz pulang ke Kampung Berjaya pada malam Jumaat lalu sebelum kami dikejutkan dengan berita kematian cucu kesayangan saya itu.

“Lebih menyedihkan lagi, pada sehari sebelum dia meninggal, arwah makan dalam jumlah yang banyak dan berselera menyebabkan saya seronok melihat gelagatnya tetapi tak sangka itu petanda dia akan meninggalkan kami sekeluarga,” katanya.


Nenek mangsa, Padzilah Ismail, 46, berkata, beliau tidak akan memaafkan suspek kerana sanggup melakukan penderaan terhadap cucunya sehingga menyebabkan arwah meninggal dunia, namun bersyukur kerana lelaki itu akhirnya ditahan polis pagi semalam.


Saya tidak akan melupakan sampai mati sepanjang tempoh menjaga arwah kerana kanak-kanak itu seorang yang aktif, petah bercakap serta tidak banyak kerenah,” katanya.


Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, Deputi Superintendan V Saravanan ketika dihubungi mengesahkan laporan bedah siasat terhadap kanak-kanak itu mendapati kematiannya berpunca akibat penderaan.


Beliau berkata, kanak-kanak itu dipercayai mati akibat kecederaan serius di seluruh badan terutama abdomen, bibir dan muka dipercayai akibat dipukul senjata tumpul berkemungkinan ditumbuk, di siku atau dipijak.


“Selain itu, mangsa turut mengalami kecederaan dalaman termasuk pankreasnya putus dipercayai akibat tindakan sama,” katanya.


Saravanan berkata, teman lelaki kepada ibu kanak-kanak itu yang berusia 27 tahun ditahan membantu siasatan kira-kira jam 3 pagi semalam.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers