‘Saya tiada dendam’

KUALA LUMPUR: “Saya tidak menyimpan dendam malah lega perkara ini selesai dengan baik. Demi masa depan mereka, saya bersetuju menerima permohonan maaf ini,” kata bekas penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Lendu, Melaka, Ahmad Zulhelmi Md Suhaimi, 21, yang sebelum ini mendakwa 11 pelajar memukulnya sehingga menyebabkan kecederaan serius.

Ahmad Zulhelmi sebelum ini memfailkan saman menuntut RM10 juta terhadap semua pelajar itu yang dipercayai terbabit dalam insiden memukul mangsa pada 18 Julai 2010.

‘Saya tiada dendam’, KUALA LUMPUR: “Saya tidak menyimpan dendam malah lega perkara ini selesai dengan baik. Demi masa depan mereka, saya bersetuju menerima permohonan maaf ini,” kata bekas penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Lendu, Melaka, Ahmad Zulhelmi Md Suhaimi, 21, yang sebelum ini mendakwa 11 pelajar memukulnya sehingga menyebabkan kecederaan serius.


Bagaimanapun, dalam prosiding di Mahkamah Tinggi di sini, semalam, peguam bela Muhd Azmi Talib yang mewakili Ahmad Zulhelmi memaklumkan bahawa selepas perbincangan, kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikan secara baik dengan semua yang terbabit membuat permohonan maaf secara terbuka.

Hakim Datuk Nor Bee Ariffin merekodkan permohonan maaf itu yang dibacakan Haiqal Syukri Jantan, 22, mewakili 10 pelajar lain.


Muhd Azmi kemudian memohon mahkamah memerintahkan supaya semua defendan bersalaman dengan mangsa.


Pada 30 Mac lalu, Ahmad Zulhelmi memfailkan saman itu bagi menuntut ganti rugi am bagi konspirasi dan niat jahat mencederakannya berjumlah RM10 juta, ganti rugi teruk, teladan, faedah dan kos.

Ahmad Zulhelmi sebagai plaintif menamakan Mohd Firdaus Arizan, 24; Mohd Azmir Ariff Shayuti, 23; Ahmad Faidhi Othman Gumanti, 25; Haiqal Syukri, Muhammad Muzakir Othman, 22; Ahmad Idris Baharom, 23; Muhammad Hasif Daud, 22; Ahmad Firdaus Husni Ahmad Razali, 22; Mohd Farhan Md Mukhtar, 24; Mohd Fikry Lokman, 22, dan Muhammad Amirul Haron, 22, sebagai defendan. Dalam pernyataan tuntutannya, Ahmad Zulhelmi mendakwa pada 18 Julai 2010, jam 10.30 malam, dia dipanggil semua pelajar itu yang tanpa kuasa sah mahu membuat soal siasat secara salah terhadapnya di sebuah bilik.


Bagaimanapun, plaintif mendakwa semua defendan bertindak memukulnya dan menyebabkan kecederaan fizikal serius sehingga jam 4 pagi keesokan harinya.

Plaintif mendakwa, dia kemudian dihantar ke kolejnya sebelum diarahkan ke tempat yang tidak berpenghuni oleh semua defendan sebelum sesi soal siasat diteruskan dari jam 4 pagi hingga jam 7 pagi.


Dakwa plaintif, pada setiap masa material ketika dua sesi soal siasat itu, dia ditampar, dipukul, ditumbuk dan ditendang di semua bahagian anggota badannya.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers