‘Harap tidak dipolitik’

PENGERANG: Fasa pertama projek Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC) di tapak seluas lebih 5,000 hektar di sini, kini berjalan lancar.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau berpuas hati dengan kelancaran projek berkenaan dan berharap semua yang dirancang dapat dilaksanakan dengan sempurna.

“Fasa pertama ini dijadualkan siap sepenuhnya pada 2016. Bagi projek Dialog Group Berhad (Dialog) dan Projek Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) pula, ia dijadualkan siap pada 2014.

“Saya berpuas hati dengan perjalanan projek ini dan pada masa sama berharap projek ini tidak dipolitikkan untuk bahan pilihan raya oleh pihak tertentu,” katanya pada sesi taklimat PIPC di tapak projek perumahan Bayu Permai di sini, semalam.

‘Harap tidak dipolitik’, PENGERANG: Fasa pertama projek Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC) di tapak seluas lebih 5,000 hektar di sini, kini berjalan lancar.


Hadir sama Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman; Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said; Pengarah Unit Perancangan Negeri (UPEN) Johor, Elias Hasran; dan Ketua Eksekutif Perbadanan Pembangunan Petroleum Johor (JPDC), Mohd Yazid Jaafar.


Berkaitan isu pengambilan tanah, Muhyiddin berkata, sebahagian besar penduduk yang terbabit dengan projek itu bersetuju dengan kadar pampasan diberikan.

Pampasan diberikan kepada individu mengikut penilaian dibuat Jabatan Penilai dan golongan itu akan menerima bayaran berkenaan dalam tempoh dua minggu selepas persetujuan.


“Jumlah individu yang tidak bersetuju dengan jumlah pampasan ditawarkan kecil. Semua proses dilaksanakan mengikut Akta Pengambilan Balik Tanah.

“Soal sensitif membabitkan pemindahan perkuburan Islam berjalan lancar dan kubur berkenaan kini ada yang sedang dipindahkan, namun bagi perkuburan bukan Islam, ada sedikit isu timbul, namun akan diselesaikan dalam masa terdekat,” katanya.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers