SABTU lalu adalah hari paling malang bagi Melayu dalam DAP. Lapan calon Melayu terbabit tidak terpilih dalam pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) pada Kongres DAP Kebangsaan Ke-16 yang berakhir esoknya di Pusat Sukan Antarabangsa Pulau Pinang (PISA), Pulau Pinang.
Lebih mendukacitakan pegawai kanan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng iaitu Setiausaha Politiknya, Zairil Khir Johari turut tidak terpilih pada pemilihan terakhir sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Zairil hanya berjaya meraih 305 undi - jauh untuk melayakkannya berada pada saf kepemimpinan parti pembangkang itu.
Senator Dr Ariffin SM Omar adalah calon Melayu yang mendapat undi tertinggi iaitu sebanyak 348 undi dengan hanya menduduki tempat ke-37 daripada 63 calon yang bertanding.
Yang malang satu-satunya penyandang iaitu Ahli CEC bagi penggal 2008-2012, Ahmad Ton yang juga Naib Pengerusi DAP Johor. Nasib tidak menyebelahinya kali ini apabila tersingkir dengan 327 undi untuk berada di tempat ke-38.
Calon lain yang kalah ialah Ahli Jawatankuasa DAP Pulau Pinang, Zulkifli Mohd Noor (216 undi); Timbalan Pengerusi DAP Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (121); Pengerusi DAP Cawangan Desa Manjung, Solaiman Op Syed Ibrahim (98); Roseli Abdul Ghani (39) dan Harun Ahmad (28).
Ahmad dan Zulkifli menyuarakan kekecewaan mereka dengan menyatakan bahawa keputusan pemilihan berkenaan tidak mencerminkan slogan ‘Malaysian Malaysia’ yang menjadi kebanggaan parti selama ini.
Kata mereka, keputusan perwakilan juga tidak akan menguntungkan parti malah menjauhkan golongan atas pagar yang terdiri daripada orang Melayu untuk memilih DAP pada PRU-13 nanti. Inilah wajah sebenar DAP yang kononnya pejuang demokrasi. Sikap perwakilan yang cauvinis langsung tidak melayan seruan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) supaya calon Melayu diberi peluang menduduki senarai kepemimpinan parti pembangkang berkenaan.
Seramai 1,823 perwakilan mengundi bagi memilih 20 orang barisan kepemimpinan DAP bagi sesi 2012-2015.
Bagaimanapun untuk ‘menyejukkan’ keadaan, Ariffin dan Zairil dilantik menganggotai CEC seperti yang diumumkan Guan Eng, Ahad lalu.
Karpal pula kekal sebagai pengerusi parti sekali gus menolak cakap-cakap terdapat gerakan menjatuhkan peguam veteran itu daripada terus memimpin.
Dominasi satu kaum Antara dalam senarai Ahli CEC yang dipilih iaitu Lim Kit Siang (1,607 undi), Lim Guan Eng (1,576), Karpal Singh (1,411), Chong Chieng Jen (1,211), Anthony Loke (1,202), Vincent Wu (1,202), Tan Kok Wai (1,199), Gobind Singh Deo (1,197) dan Tony Pua (1,162).
Ternyata barisan ini didominasi oleh satu kaum semata-mata sedangkan juak-juak pembangkang sering melaungkan bahawa DAP adalah parti berbilang kaum yang kononnya tidak terhad kepada kaum Cina saja. Mereka mendabik dada bahawa ramai pemimpin Melayu kini berada dalam parti berkenaan. Namun perwakilan kongres ternyata kali ini gagal menterjemahkan slogan itu. Selayaknya suara-suara itu hanya dikelaskan sebagai laungan retorik.
Pernah seorang penulis memberikan pendapatnya di lidah rasmi pembangkang sambil mendabik dada mempertahankan bahawa kononnya DAP adalah sebuah parti berbilang kaum. Malah, lebih lucu lagi penulis itu beranggapan bahawa penguasaan kaum Cina dalam parti itu berlaku secara kebetulan. Disalahkan pula Umno yang dikatakan memainkan propaganda bahawa DAP adalah parti milik satu kaum dan dia meletakkan DAP setaraf dengan Barisan Nasional (BN) yang berbilang kaum sedangkan hakikatnya jauh panggang daripada api. Kita sendiri boleh menilai kehendak yang tersirat ahli-ahli DAP.
Cabaran Pas Pemilihan semula Karpal sebagai pengerusi ternyata memberi tamparan kepada Pas. Ini kerana, umum mengetahui betapa pemimpin pembangkang veteran itu menentang kuat hasrat Pas untuk melaksanakan syariat Islam khususnya hukum hudud.
Pas akan terus mendapat tentangan secara berdepan oleh Karpal yang dilabel sebagai anti-Islam oleh pihak tertentu, termasuk mereka yang di dalam Pas.
Pas tiada pilihan melainkan terus berdepan dengan ‘musuh dalam selimut’ dalam usahanya memperjuangkan negara Islam. Tentangan Karpal tidak selembut Guan Eng dan bapanya, Kit Siang terhadap matlamat perjuangan Pas sehinggakan beliau sanggup menyatakan langkah mayatnya jika Pas mahu menegakkan negara Islam.
Selain itu, Pas perlu berdepan dengan satu lagi masalah apabila pucuk pimpinan DAP pada kongres berkenaan acap kali menyatakan sokongan padu kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri jika pakatan pembangkang berjaya merampas Putrajaya.
Pendirian itu amat bertentangan dengan akar umbi parti yang memperjuangkan Islam itu yang mahukan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diangkat sebagai pemimpin nombor satu negara di bawah kerajaan baru walau apapun terjadi.
Pertembungan ini pastinya menyulitkan pakatan pembangkang untuk meyakinkan kira-kira 13 juta pengundi pada PRU-13 nanti. Bagaimana mungkin hal mentadbir negara dapat diselesaikan kelak jika di kalangan pembangkang sendiri bercakaran berebut-rebut untuk menjadi Perdana Menteri. Ternyata situasi tidak menang-menang ini memberi banyak kelebihan kepada BN di bawah kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Penulis Wartawan Eksekutif Harian Metro

Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.