‘Biar munasabah’

PUTRAJAYA: Bayaran agensi yang dikenakan terhadap pembantu rumah Indonesia akan disemak semula supaya kadar munasabah dapat ditentukan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Menurutnya, langkah itu perlu berikutan kadar sedia ada agak tinggi, malah membebankan pembantu rumah.

‘Biar munasabah’, PUTRAJAYA: Bayaran agensi yang dikenakan terhadap pembantu rumah Indonesia akan disemak semula supaya kadar munasabah dapat ditentukan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.


“Perjanjian Lombok membabitkan kerangka kerja kerjasama yang ditandatangani sudah pun dipatuhi, tetapi ada sedikit kesulitan terutama dari segi kadar bayaran agensi agak tinggi.

“Justeru, saya dan Bapak Susilo (Presiden Susilo Bambang Yudhoyono) bersetuju mengusahakan supaya kadar ini dapat ditentukan pada kadar munasabah, sekali gus membolehkan perjanjian ini dapat dilaksanakan sepenuhnya,” katanya pada sidang media bersama Presiden Indonesia itu sempena Rundingan Tahunan Ke-9 antara Malaysia dan Indonesia di Bangunan Perdana Putra di sini, semalam.


Perjanjian Lombok ditandatangani pada Rundingan Tahunan Malaysia Indonesia kali Kelapan di Lombok, Indonesia, Oktober tahun lalu, selepas negara itu menarik balik pembekuan pengambilan pembantu rumah pada 2009 berikutan insiden penderaan pembantu rumah oleh segelintir majikan di negara ini.


Dari segi persempadanan maritim, Najib berkata, usaha itu perlu dilakukan secara lebih intensif bukan saja di peringkat teknikal, tetapi merumuskan satu formula penyelesaian yang boleh diterima rakyat kedua-dua negara tidak lama lagi.

“Ini penting kerana apa-apa persetujuan jika tidak dilandaskan dalam penerimaan rakyat, ia tidak boleh dilangsungkan berikutan tidak ada dukungan daripada rakyat kedua-dua negara,” katanya.


Menyentuh mengenai bidang ekonomi, beliau berkata, kedua-dua negara bersetuju menetapkan sasaran perdagangan dua hala antara Malaysia dan Indonesia mencecah AS$30 bilion (RM91.7 bilion) menjelang 2015.

Menurutnya, walaupun sasaran disifatkan agak tinggi, ia mencerminkan kesungguhan kedua-dua pemerintah untuk mencapai kerjasama ekonomi dua negara.


Katanya, kedua-dua pemimpin juga berpuas hati dengan arah aliran hubungan ekonomi dua negara yang menunjukkan projektori semakin meningkat.


“Umpamanya, perdagangan dua hala Malaysia dan Indonesia tahun ini meningkat AS$1 bilion (RM3.06 bilion) iaitu AS$15.9 bilion (RM48.59 bilion) dalam tempoh Januari hingga Oktober tahun ini berbanding AS$14.9 bilion (RM45.53 bilion) bagi tempoh sama tahun lalu.


“Malah, Malaysia muncul sebagai pelabur keenam di Indonesia. Sejak kebelakangan ini juga kemasukan pelabur dari Indonesia semakin ketara terutama dalam bidang perhotelan dan saya harap jumlah pelaburan dapat ditingkatkan terutama dalam bidang kewangan dan perbankan,” katanya.


Sementara itu, Susilo berkata, sebagai jiran terdekat, kedua-dua negara tidak lari daripada perkara atau isu yang boleh mengganggu ketenteraman dan hubungan silaturahim.


Namun katanya, pemimpin kedua-dua negara akan berusaha mengatasi isu itu dengan bijak dan sebaik mungkin supaya tidak mengganggu hubungan dua hala yang sudah lama terjalin.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers