Saya belum mati – Pie

Saya belum mati – Pie
Pelawak veteran itu masih menerima rawatan di
Hospital Kepala Batas akibat jangkitan kuman di paru-paru

Pelakon veteran dan juga pelawak, Shafiee Jaafar meminta pihak yang menyebarkan khabar angin kononnya dia telah meninggal dunia supaya berhenti daripada menyebarkan berita itu.

Dia yang lebih mesra dipanggil Uncle Pie, 84, memberitahu Berita Harian, kecewa dan sedih kerana ada pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkkan fitnah kematiannya.

Katanya, dia tidak mengerti tentang tujuan dan matlamat berita itu disebarkan.

“Tolong hentikan semua ini kerana umur saya masih panjang dan teruslah berdoa yang baik-baik bukannya dengan cara begini,” katanya di Hospital Kepala Batas (HKB), pada Jumaat.

Shafie dimasukkan ke HKB, jam 2 pagi Khamis, selepas mengadu mengalami kesejukan yang melampau menyebabkan seluruh badannya menggigil.

Dia masih lagi dirawat dan mendapat pengawasan pihak doktor kerana dimaklumkan bahawa paru-parunya dijangkiti kuman.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers