Ismail tidak mahu isu remeh dan isu disalah erti sehingga parti komponen BN bertelagah sesama sendiri. |
Cadangan “Low Yat 2″ untuk peniaga Bumiputera diharap tidak akan menjejaskan hubungan antara parti dalam komponen Barisan Nasional (BN).
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu tidak sepatutnya dijadikan isu remeh sehingga bertelagah sesama sendiri.
“Jangan kerana isu remeh dan isu disalah erti, kita bertelagah sesama sendiri. Dari segi semangat parti kita tetap wujudkan kesatuan kita, dengan syarat jangan tindas orang lain,” katanya yang dipetik daripada Bernama.
Mengulas cadanganya mengenai Low Yat 2, Ismail berkata pihaknya memutuskan untuk menganjurkan pertandingan mencipta nama bagi pusat jualan produk telefon dan aksesori sekan-akan Plaza Low Yat itu.
“Yang pasti, (namanya) bukan Low Yat,” katanya kepada pemberita Majlis Silaturrahim bersama Pengerusi dan Setiausaha Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung seluruh Kedah, di Alor Setar, Kedah.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.