Pemimpin komponen BN ikar setia kepada Najib

Pemimpin komponen BN ikar setia kepada Najib
Isu 1MDB dan juga kontroversi wang RM2.6 bilion
tidak jejas sokongan pemimpin parti komponen kepada Najib

Isu wang derma RM 2.6 bilion dalam akaun Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak tidak menjejaskan sokongan pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) terhadap beliau.

Ikrar itu dibuat 13 pemimpin parti berkenaan dalam pertemuan bulanannya dengan Najib, yang juga Pengerusi Barisan Nasional Menyentuh mengenainya, Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Tan Sri Dr James Masing berkata, ia diadakan bagi menyampaikan sokongan ke atas beliau.

“Pertemuan ini juga adalah untuk memastikan bahawa kita semua masih bersama dia (Najib) dan menyatakan sokongan terhadap Najib,” katanya sewaktu menjawab soalan pemberita di luar perkarangan Pejabat Perdana Menteri pada Jumaat.

Dr James turut mengulas bahawa isu skandal mengenai syarikat hutang sarat RM42 bilion iaitu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan juga kontroversi wang RM2.6 bilion yang didermakan ke dalam akaun Najib langsung tidak dibincangkan.

“No, kita tidak ada sebut hal itu,” ujarnya ringkas.

Selain, beliau turut menyatakan pertemuan yang diadakan sekitar jam 11 pagi tadi juga tidak menyentuh mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

“Tidak, kita tidak ada bincang mengenai perkara itu. Kita mungkin akan adakan mesyuarat lain khusus untuk perkara ini.

“Kita juga bersedia untuk bila-bila sahaja Pilihan Raya Sarawak diadakan” kata beliau lagi.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers