Permohonan The Edge tangguh penggantungan ditolak

Permohonan The Edge tangguh penggantungan ditolak
Peguam Kanan Persekutuan memaklumkan penolakan itu dibuat atas tiga alasan

Permohonan The Edge Communications Sdn Bhd untuk mendapatkan penangguhan pelaksanaan perintah penggantungan dua penerbitannya selama tiga bulan, oleh Menteri Dalam Negeri ditolak.
Keputusan dibuat Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Asmabi Mohamad.

Peguam Kanan Persekutuan, Alice Loke yang mewakili Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberitahu media bahawa hakim menolak permohonan itu atas tiga alasan.

“Hakim memberi tiga sebab. Beliau berkata semakan itu boleh membawa kepada pemberian ganti rugi; penerbitan itu tidak mewajarkan tuntutan bahawa larangan itu akan mengakibatkan kemudaratan yang tidak boleh diperbaiki kepada mereka; dan mereka tidak menunjukkan sebarang keadaan khas untuk penangguhan itu dibenarkan,” katanya kepada Bernama pada Jumaat.

Sebelum ini, The Edge Communications Sdn Bhd dibenar membuat semakan kehakiman berhubung penggantungan dua penerbitannya, The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily, oleh KDN pada 5 Ogos lalu.

Bagaimanapun, Hakim Asmabi menolak permohonan syarikat terbabit untuk penangguhan sementara penggantungan kedua-dua penerbitan itu sehingga permohonan inter-parte didengar.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers