Perdana Menteri berharap pembangkang menerima penubuhan jawatankuasa itu kerana ia dilakukan bagi menambah baik sistem sedia ada. |
Kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) bagi mengelak perbuatan memasukkan dana politik ke dalam akaun peribadi berulang,
Jawatankuasa itu bertujuan merangka pelan pembiayaan politik berintegriti yang komprehensif dan inklusif, khususnya untuk menentukan proses konsultatif di semua peringkat dan mengambil kira pandangan semua pihak.
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sidang media di Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada Jumaat.
Senator Datuk Paul Low dilantik sebagai Pengerusi JKNMPP manakala Datuk Idris Jala sebagai Timbalan Pengerusi dan Institut Integriti Malaysia (IIM) akan bertindak sebagai Pusat Rujukan dan Rundingan JKNMPP.
Najib berkata, pelan JKNMPP pernah dibangkitkan beliau sendiri dengan beberapa pihak sejak 2009, namun tidak mendapat sambutan.
“Pada masa ini, tidak ada peraturan mengenai pembiayaan politik yang boleh menentukan sesuatu itu adalah salah atau tidak, walaupun terdapat beberapa peraturan mengenai perbelanjaan pilihan raya,” katanya.
Mengulas lanjut, Najib turut berharap pembangkang menerima penubuhan jawatankuasa itu kerana ia dilakukan bagi menambah baik sistem sedia ada.
“Kita harap mereka akan terima sebab ini satu cadangan ke arah mewujudkan satu sistem dan peraturan pembiayaan politik yang lebih telus dan berintegriti.
“Kalau inilah yang mereka war-warkan selama ini, mereka patut ‘walk the talk’ dan bersama menentukan menggubal satu amalan,” tegasnya.
Najib menafikan penubuhan JKNMPP ini adalah ekoran kritikan hebat yang diterima beliau sejak isu wang derma RM2.6 bilion didedahkan.
“Tidak (kerana kritikan), sebab masa sekarang tidak ada apa-apa peraturan maka tidak ada penanda aras untuk mengatakan apa yang betul atau salah,” katanya lagi.
Bagaimanapun, sehingga ini Perdana Menteri masih tidak mendedahkan siapakah penderma yang memasukkan wang RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.