Anwar akui ‘makan hati’

Anwar akui ‘makan hati’
Bekas Timbalan Perdana Menteri itu menjelaskan dia kurus bukan kerana lapar.

Bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui ‘makan hati’ sepanjang menjalani hukuman penjara di Sungai Buloh.

Kenyataan itu diberikan beliau ketika ditanya wartawan mengenai perubahan fizikalnya.
“Kurus bukan kerana lapar tapi kerana menahan hati ,” katanya ketika ditanya sekumpulan pemberita apabila keluar dari Mahkamah Tinggi hari ini.

Sebelum itu, Ketua Umum PKR itu dibawa sebagai saksi dalam kes saman fitnah bekas Menteri Besar Selangor , Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terhadap parti itu.

Anwar terpaksa merengkok selama lima tahun dalam penjara selepas didapati bersalah meliwat pembantunya, Saiful Azlan Bukhari.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers