Tiz Zaqyah Akui Lebih Tenang Lepas Tayang Gambar BF


tiz zaqyah, Tiz Zaqyah, tiz zaqyah tayang boy friend, boy friend tiz zaqyah, artis malaysia, berita, gambar, berita terkini, hiburan, selebriti

Teks oleh Haswari Ali
Email: ayie@astro.com.my

KUALA LUMPUR, 16 MEI 2013: Memilih untuk bersikap terbuka dengan berkongsi wajah kekasihnya di laman sosial Instagram mahupun Twitter, aktres jelita, Tiz Zaqyah mengakui langkah dan tindakan itu membuatkan dirinya lebih selesa dan tenang.

Kata duta produk mandian, May itu, dia tidak mahu lagi berdiri di atas bayang-bayangnya sendiri sebaliknya kini lebih berani membuat pendekatan sebegitu walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai kritikan.

Bercakap kepada portal murai.com.my ketika ditemui pada majlis Kempen Kesedaran Kanser Serviks semalam, Tiz Zaqyah menjelaskan tiada apa yang perlu diselindungkan tentang hubungannya dengan jejaka kacak berkenaan kerana mereka telah mengenali satu sama lain sejak sekian lama.

"Apa yang boleh saya katakan di sini, saya lebih tenang bila berterus-terang. Tidak seperti hubungan saya sebelum ini. Asalkan saya tidak campurkan hal kerja dengan peribadi, sudah...

"Saya telah mengenalinya lebih 11 tahun iaitu sejak kami sama-sama bersekolah menengah. Tetapi sejak awal tahun ini hubungan kami mula rapat dan saya sama sekali tidak malu memperkenalkannya baik di Instagram mahupun Twitter milik saya.

"Sebelum ini saya bimbang untuk berterus-terang kerana tidak mahu dihakimi oleh masyarakat. Tapi, sampai bila saya mahu berasa takut? Jadi, sekarang ini saya memilih untuk bersikap jujur. Bagi saya, mereka yang mengikuti saya di laman sosial sudahsaya anggap seperti kawan," katanya kepada murai.com.my secara berterus terang.

Jelas pelakon Nur Kasih itu, sejak memilih untuk tidak lagi berselindung, dia sebaliknya telah menerima pelbagai reaksi yang positif daripada peminat.

Malah ramai diantara peminat yang gemar bertanyakan tentang kerjaya lakonan Tiz Zaqyah berbanding kehadiran jejaka berkenaan di dalam mana-mana laman sosial miliknya.

Jujur Tiz Zaqyah lagi, dia telahpun membawa jejaka berkenaan bertemu dengan kedua ibu-bapanya sebagai tanda hormat, malah ia juga satu usahanya untuk memohon restu daripada mereka akan hubungan mereka berdua.

"Dia sudah pun berjumpa keluarga saya, termasuklah pak cik dan mak cik saya, tapi bukan untuk melamar atau meminta izin berkahwin dengan saya. Kerana untuk kami berdua memikirkan soal ke arah itu, rasanya sangat jauh lagi.

"Dia seorang lelaki yang sangat cool dan juga kelakar. Saya seorang yang pemarah, jadi dia memang pandai melayan kerenah saya apabila marah. Pendek kata kalau saya ini api, dia adalah airnya. Dia memang seorang yang kuat mengalah," katanya yang bakal sibuk dengan penggambaran drama bersiri 40 episod berjudul, Jodoh Itu Milik Kita untuk siaran stesen TV Astro.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers