Teks oleh Kheme Rosly
khemerosly@yahoo.com
KUALA LUMPUR, 16 MEI 2013: Graduan program realiti Akademi Fantasia musim ketiga, Marsha Milan Londoh,29, atau kini Marsha Milan, dilihat antara bintang AF yang berjaya menempat nama untuk terus kekal di persada dunia hiburan Malaysia.
Bermula dengan nyanyian, lakonan dan seterusnya pengacaraan, Marsha kini lebih yakin dan fokus dalam kerjayanya. Jika ada yang masih ingat, dunia hiburan tempatan pada satu ketika pernah dikejutkan dengan kisah cinta Marsha, apabila penyanyi itu dilaporkan kecewa dengan hubungan cintanya yang tidak kesampaian.
Rentetan daripada peristiwa itu, Marsha telah mengumpulkan semangatnya untuk terus berkarya dan mencipta sebuah lagu mengenai kisah cintanya itu.
Jujur Bilang Cinta, single terbaru ciptaan penyanyi yang berasal dari negeri di bawah bayu ini dan telah pun diperdengarkan pada majlis memperkenalkan Marsha sebagai duta produk kesihatan Bio Energy di Holiday Villa Hotel & Suite, Subang Jaya, semalam.
"Siapa tidak pernah kecewa bercinta. Saya juga tidak terkecuali menjadi mangsa kekecewaan cinta. Lagu ini sebenarnya telah lama saya tulis dan ia memang mengenai kisah cinta saya yang tidak kesampaian dan kejujuran yang tidak dihargai.
"Pada ketika itu ingatkan mahu memberikan lagu ini kepada penyanyi lain untuk nyanyikan. Tetapi setelah digubah oleh seorang penggubah lagu daripada seberang, saya merasakan kenapa tidak saya nyanyikan lagu ini.
"Sebab awalnya saya ingat lagunya agak sukar untuk dibawakan tetapi bila didengar semula ia senang untuk dinyanyikan dan mudah untuk menyampaikan mesej di sebalik lagu Jujur Bilang Cinta ini,"cerita Marsha mengenai lagu ketiga nukilannya sepanjang bergelar penyanyi dan bakal dipromosikan sekali semasa roadshow Bio-Energy ke seluruh negara.
Marsha Milan kini lebih yakin dengan namanya selain tidak mahu lagi dibayangi dengan program realiti atau nama Marsha AF. Kematangannya dalam bidang ini semakin berkembang dan sekaligus meraih kepercayaan pihak luar untuk mendapatkan khidmatnya seperti projeknya yang terkini iaitu menjadi duta untuk Bio-Energy.
"Memang sekarang saya menggunakan nama Marsha Milan kerana merasakan ia lebih komersial dan mudah untuk diingati. Bukan tidak mahu menggunakan sekali nama keluarga(Londoh) tetapi seringkali ada yang tersalah eja dan sebut, lebih baik saya pilih nama yang lebih ringkas dan melekat di ingatan peminat.
"Saya tidak mahu lagi dibayangi Akademi Fantasia kerana sepanjang 8 tahun ini saya telah bekerja keras dan saya harus beri peluang pada diri saya untuk berdiri diatas nama saya sendiri.
"Propaganza antara program atau cabang seni yang membuatkan Marsha lebih diterima peminat dan sekaligus lebih mematangkan diri dan nama Marsha di arena ini. Terima kasih kepada peminat yang tidak pernah berhenti menyokong keberadaan Marsha di dalam dunia seni hiburan tanahair,"ucap Marsha kepada murai.com.my ketika menceritakan hala tuju serta harapannya di dalam dunia hiburan yang menjadi pilihannya sejak lapan tahun lalu.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.