Hajat Eja Berhijab Penuh Cecah Usia 40 Tahun


eja berhijab, Eja, Eja, eja bertudung, gadis bertudung, bertudung, fesyen bertudung, Artis bertudung, Artis wanita bertudung, bertudung lepas umrah, berhijab, umrah, RTM, Bintang RTM, artis malaysia, berita, gambar, berita terkini, hiburan, selebriti

KUALA LUMPUR, 17 MEI 2013: Pelakon Siti Shahrizah Saifuddin atau Eja kini sudah membuat keputusan berhijab penuh sebaik sahaja pulang daripada mengerjakan umrah pada minggu lalu.

Menurut akhbar Kosmo hari ini, Eja ke tanah suci Mekah dalam masa yang sama bertujuan menjalani penggambaran drama bersiri RTM berjudul Balqis.

"Saya baru sahaja pulang dari mengerjakan ibadah umrah lima hari yang lalu. Alhamdulillah, pemergian saya ke Mekah kali ini telah membuka pintu hati saya untuk bertudung.

"Tujuan saya ke sana adalah menjalani penggambaran drama bersiri RTM berjudul Balqis yang akan ditayangkan pada bulan Ramadan ini. Pada masa yang sama, saya berkesempatan mengerjakan umrah bersama suami dan anak,"katanya.

Eja memberitahu sebenarnya niat untuk mengubah penampilannya itu sudah mula difikirkan sejak dia menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-40 pada tahun lalu.

"Sebelum ini saya sudah tiga kali mengerjakan umrah sejak tahun 2008, tetapi tiada sebarang perubahan yang berlaku apabila pulang ke Malaysia dan saya masih kekal dengan imej dan penampilan yang sama.

"Bagaimanapun, ibadah umrah yang keempat ini telah memberi rahmat buat diri saya kerana telah diberi petunjuk dan berkat doa yang tidak putus-putus," luahnya lagi.

Tambah Eja lagi, dengan perubahan yang dilakukan ini dia merasakan suasana yang lebih tenang dan sebagai seorang Islam menutup aurat itu merupakan salah satu kewajipan yang perlu dipatuhi.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers