Gayatri: Bukan Kuasa Saya Pilih Zul Jadi Pelakon


gayatri su-lin akui cinta zul ariffin, gayatri su-lin, zul ariffin, zul ariffin intim dengan penerbit filem, artis malaysia, berita, gambar, berita terkini, hiburan, selebriti

Teks oleh Kheme Rosly
khemerosly@yahoo.com

KUALA LUMPUR, 16 MEI 2013: Pasangan yang kini bahagia menjalani kehidupan sebagai kekasih iaitu produser Tayangan Unggul Sdn Bhd (TUSB) /Astro Shaw, Gayatri Su-Lin Pillai dan pelakon berbadan sasa, Zul Ariffin, mengakui bahawa selepas mereka tampil memberitahu umum mengenai hubungan mereka, lebih banyak komen negatif yang diterima mereka.

Bagi mereka, dakwaan dan komen negatif daripada orang luar ini sebenarnya lebih menguatkan cinta di antara mereka. Tambah Zul pula, dia dan Gayatri tidak mengambil perkara itu terlalu serius kerana sudah lali dengan hal yang satu ini.

Walaupun isu mengenai Zul yang dikatakan mengambil kesempatan di atas hubungannya dengan Gayatri pernah diperkatakan sebelum ini, namun dek penampilan Zul Ariffin dalam filem terbitan Tayangan Unggul Sdn Bhd (TUSB) /Astro Shaw, Bikers Kental, aktor tersebut masih diasak soalan yang sama. Tetapi kali ini Gayatri sendiri tampil menjelaskan perkara sebenar.

"Itu semua adalah tanggapan orang yang sentiasa negatif terhadap hubungan saya dan Zul. Memang orang akan melihat saya akan mengutamakan Zul untuk berlakon dalam filem terbitan TUSB tetapi itu tidak benar.

"Penampilan Zul dalam filem Bikers Kental adalah pilihan yang dibuat oleh pihak Califwork Studios Sdn Bhd yang juga rakan penerbitan filem ini dan bukannya sepenuhnya terletak ditangan saya. Di dalam prosedur TUSB/AstroSHAW keputusan memilih pelakon bukannya kuasa mutlak saya yang menentukkannya.

"Ia melibatkan pelbagai prosedur dan persetujuan daripada keseluruhan produksi. Saya harap orang ramai jelas mengenai hal itu dan bukannya sekadar membuat andaian,"jelas penerbit berdarah kacukan India dan Cina itu mengenai tohmahan yang dibuat keatas Zul Ariffin.

Sudah setahun menjalinkan hubungan cinta, Zul dan Gayatri belum mempunyai perancangan yang jelas mengenai atur langkah mereka seterusnya. Sebaliknya pasangan ini mengharapkan orang ramai tidak memandang negatif sebaliknya mendoakan kebahagian mereka.

"Sebab itu saya tak mahu share dulu benda yang saya sendiri belum punya rancangan. Biarlah orang lihat kami bahagia sebagai pasangan kekasih dulu. Setahun yang aman dan damai walaupun tetap ada cakap-cakap yang kurang enak didengar.

"Apa orang nak cakap biarkan mereka bercakap. Itu adalah perkara biasa dan lumrah masyarakat kita yang sering memandang negatif dari pelbagai aspek. Lagi- lagi dalam industri ini, perkara sebegini adalah asam garam yang terpaksa kami telan.

"Soal kahwin belum lagi saya dan Gayatri fikirkan kerana ada perkara lain yang perlu didahulukan. Lagipun ibu Gayatri sekarang sedang sakit, jadi ia bukan masa yang sesuai untuk saya dan dia merancang apa-apa,"jelas Zul Ariffin tentang rencana hubungan mereka dan belum bersedia untuk mendirikan rumahtangga.

Kedua mereka ditemui pada majlis tayangan previu filem Bikers Kental arahan Hilmi Yusof dan terbitan Califwork Studios Sdn Bhd bersama TUSB yang diadakan di Cathay Cineleisure, e@Curve semalam. Filem ini bakal ditayangkan pada 23 Mei ini menampilkan Zizan, Awie, Zul Ariffin dan dua orang pelakon wanita daripada Thailand.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers