Jika tidak kerana Elevation, tidak mungkin penghibur antarabangsa kelahiran Indonesia, Anggun Cipta Sasmi, 35, yang mengukir nama besar di Perancis akan datang ke Malaysia dengan mudah.
Menerusi kelahiran album studio terbarunya itulah Anggun kembali semula dengan karya muzik yang disifatkan lebih tinggi tahapnya berbanding apa yang pernah dihasilkannya sebelum ini.
Bersesuaianlah dengan maksud judul album itu sendiri yang bermaksud memindahkan sesuatu yang berada di tahap rendah ke tahap yang lebih tinggi.
Buktinya, dia turut berkolaborasi bersama beberapa produser serta pemuzik yang cukup berpengaruh dengan muzik yang urban. Misalnya, Tefa & Master , Pras Michel dari The Fugees menerusi lagu My Man, Big Ali (Stronger) serta DJ Laurent Wolf (Jadi Milikmu/Crazy).
Melihat nama-nama ini, ia seolah-olah memberi petanda bahawa Elevation adalah satu transformasi Anggun untuk tampil dengan bunyi yang lebih upbeat dan penuh urban yang bersesuaian dengan kehendak dan citarasa pendengar masa kini.
Tidak mahu membiarkan peminat tertanya-tanya dengan perubahan hala tuju muzik barunya itu, Anggun turut menjayakan mini showcasenya, Anggun Elevation Acoustic anjuran Metadome Malaysia Sdn Bhd di Hotel Istana, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
"Ini sekadar appetizer ya. Jadi lagu-lagu yang dipersembahkan nanti hanya l5 sahaja. Kalau mahu lihat saya lagi, harus undang saya untuk bikin konsert. Mudahan-mudahan ada yang mahu menaja konsert saya di sini nanti," kata Anggun sebelum memulakan persembahan.
Biarpun sudah bertahun-tahun menetap di Perancis, loghatnya Indonesianya masih kental dan dia masih kelihatan anggun dengan kulit sawo matang yang cukup sensual walaupun sudah bergelar ibu kepada seorang anak.
Yang Ku Tunggu menjadi lagu pembukaannya pada malam itu dan ia tetap disampaikan Anggun dengan bersahaja tetapi penuh berkarektor menerusi vokalnya yang lantang, besar dan penuh bertenaga itu.
Anggun turut membawa peminatnya menghayati lagu Snow On The Sahara dan dia mengisi lagu itu dengan kawalan suara yang baik bersama penghayatan lagu yang cukup mendalam serta aksi persembahan yang natural tetapi penuh stail dan sensasi.
Di situlah letakkan tarikan magnet Anggun yang cukup kuat dan secara tidak langsung dia mampu menimbulkan aura yang hebat buat dirinya tatkala beraksi di atas pentas dan sesekali dia bijak mengusik penonton dengan sense of humor yang menarik.
Sewaktu membawakan lagu Crazy misalnya, Anggun cuba bertindak nakal dengan meminta pemuzik keyboardsiringannya, Rozario menari bersamanya tatkala Edrie Hashim yang kini dikenali sebagai pengkritik tetap AF7 mengiringi nyanyiannya menerusi petikan gitar akustik yang mantap.
Melihat gelagat Rozario yang malu-malu itu, Anggun berkata: "Kasihan anak orang dikerjain begitu," katanya sambil tertawa.
Anggun kemudian meneruskan lagu Berganti Hati sebelum menamatkan persembahannya dengan lagu Mimpi bersama Imran Ajmain serta Nurul (Ajai) yang kini bernaung di bawah Metadome Malaysia Sdn Bhd.
Terdahulu Imran Ajmain menjadi artis undangan Anggun pertama yang beraksi dengan lagunya, Selamat Ulang Tahun Sayang sebelum membawakan lagu Anggun berjudul Breath of Angel menerusi versi nyanyiannya sendiri.
Manakala Nurul pula mempersembahkan lagunya yang berjudul Tika Cinta. Namun, Nurul bertindak cemerlang apabila membawakan lagu Anggun, Kembali, tanpa berhadapan dengan apa-apa kesukaran.
Apapun, kalau sudah namanya mini showcase, sudah tentulah peminat berasa tidak puas menyaksikan hanya 5 lagu didendangkan Anggun. Kalau sudah menikmati juadah appetizer yang sungguh enak, bila pula main course atau konsert besar Anggun?

Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.