Polis US Patahkan Cubaan Memotong Kemaluan Bieber

WASHINGTON, 14 DISEMBER 2012: Pihak berkuasa Amerika Syarikat berjaya mematahkan percubaan membunuh dan memotong kemaluan ikon remaja pop, Justin Bieber bulan lalu. Perkara ini didedahkan menerusi satu dokumen rasmi yang didedahkan kepada umum pada Khamis, semalam.

Menerusi laporan itu, polis berjaya menahan Mark Staake, 41 dan anak saudaranya, Tanner Ruane, yang merupakan dua suspek utama kes percubaan membunuh tersebut, Mereka ditahan di Vermont dan New York bulan lalu dan telah menghadapi pertuduhan di New Mexico atas jenayah konspirasi melakukan pembunuhan dan berniat melakukan kecederaan serius menggunakan senjata.

Polis US Patahkan Cubaan Memotong Kemaluan Bieber


Pasangan itu sebelum ini telah didakwa cuba melakukan dua pembunuhan dengan mengantung mangsa dan memotong kemaluan mereka. Namun menerusi pendedahan oleh pihak polis, mereka berdua dikatakan menjadikan penyanyi terkenal, Justin Bieber sebagai sasaran muktamad mereka.

"Berdasarkan siasatan lanjut, kami mendapati Justin Bieber juga termasuk dalam senarai yang bakal menjadi mangsa kekejaman mereka," kata wakil dari New Mexico's Department of Public Safety.

Kes ini bermula Dana Martin, individu yang kini dipenjarakan seumur hidup atas kesalahan melakukan 2000 pembunuhan di Vermont telah bertemu dengan Staake, di penjara dan merancang melakukan perbuatan kejam tersebut terhadap Bieber.

Martin yang diketahui sebagai peminat fanatik Bieber kemudian merancang bagaimana jenayah tersebut akan dilakukan oleh Staake bersama anak saudaranya. Dikatakan kedua-dua mereka akan menerima bayaran sebanyak $5000 (RM15,000) untuk sepasang testis Bieber.

Martin juga dikatakan mempunyai tattoo Bieber pada kakinya dan telah beberapa kali cuba menghubungi penyanyi untuk meminta Bieber melawatnya di penjara namun permintaan tersebut tidak dilayan menyebabkan dia naik berang lalu merancang melakukan pembunuhan.

Sementara itu, pengurus bintang pop dari Kanada itu berkata perkara ini sangat serius dan keselamatan penyanyi itu adalah keutamaan.

"Kami mengambil langkah berjaga-jaga untuk setiap pergerakan bagi melindungi dan memastikan keselamatan Justin dan peminat beliau," kata seorang pegawai pengurusan.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers