KUALA LUMPUR, 14 DIS 2012: Rentetan isu Julia Perez yang didakwa memperlekehkan kualiti drama di negara ini, portal murai.com.my terus mendapatkan komen dan pandangan beberapa orang pelakon tempatan mengenai isu ini. Begitupun, rata-rata pelakon tempatan yang dihubungi memberitahu tidak mengenali pelakon, model dan penyanyi dangdut seksi dari Indonesia itu.
Pelakon Intan Ladyana ketika dihubungi berkata, tidak sepatutnya Julia Perez memandang rendah drama di Malaysia.
"Walaupun saya tak kenal siapa Julia Perez ni, tapi bagi saya dia tak sepatutnya bercakap macam tu...Apa sebab dia nak pandang rendah `product` kita? Dia sepatutnya hormat `product` orang lain, bukan kondem," katanya melalui panggilan telefon.
Tambah Intan lagi, tindakan Julia Perez agak keterlaluan kerana dia telah diberi peluang berlakon di negara ini, tidak wajar jika dia mengutuk dan memandang rendah kualiti drama tempatan.
"Dia sepatutnya berfikir dulu sebelum bercakap, sebab kata-kata dia tu boleh mengguris perasaan produksi sini..nanti orang dah tak nak bekerjasama dengan dia lagi lepas ni...kan rugi tu," tambahnya.
Sementara itu, pelakon wanita yang sedang meningkat naik Hanez Suraya pula berkata, tidak pernah mengenali siapa Julia Perez sehingga portal Murai.com.my yang memberitahu tentang latar belakang artis dari seberang itu.
"Serius saya tak kenal siapa dia...bila Murai beritahu, barulah saya tau dia pelakon dari Indonesia," kata Hanez dalam tawa kecil.
Hanez yang sedang menjalani penggambaran ketika dihubungi berkata, tidak dinafikan drama dari Indonesia banyak yang bagus, tetapi drama Malaysia juga tidak kurang hebatnya.
"Saya pernah bekerja dengan pelakon dari Indonesia (Randy Pangalila), terus terang saya katakan Julia pasti akan sedar cara bekerja di sini sebenarnya lebih baik dari sana kerana itu yang pernah Randy nyatakan kepada saya," katanya.
Portal Murai.com.my turut menghubungi pelakon kacak Ady Putra untuk meminta pandangannya mengenai perkara ini. Tidak mahu memberi komen berlebihan, Ady cuma mempersoalkan motif Julia Perez mengeluarkan komen sedemikian.
"Bagi saya kedua-dua negara mempunyai industri yang ada kelebihan masing-masing, jadi sebelum mengkritik adalah wajar kita nilai dulu perkara itu. Daripada mengutuk, lebih baik kita saling bantu membantu," katanya.
Tambah Ady lagi, dia sendiri datang dari negara jiran (Singapura) dan bekerja di Malaysia tetapi tidak pernah ada masalah bekerja di sini.
"Bila kita datang ke 'rumah' orang, kita patut memberi salam dengan tertib. Itu yang saya lakukan ketika mula-mula sampai di sini. Bagi saya, kita sepatutnya profesional kalau nak pergi ke peringkat lebih tinggi," katanya mengakhiri perbualan.
Julia Perez mencuri perhatian peminat tempatan apabila cuba mencipta kontroversi dengan memperlekehkan kualiti drama di negara ini. Dia kini sedang menjalankan penggambaran filem terbaru arahan pengarah berprofil tinggi, Murali Abdullah berjudul Sentuhan Malam Pertama.

Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.