KUALA LUMPUR, 14 DIS 2012: Pelakon, Zain Saidin akui menitiskan air mata saat disambut oleh sebilangan anak-anak kecil ketika menjejakkan kaki di bandar Palestin pada 4 Disember lalu.
Zain Saidin berkata dia tidak dapat menahan sebak melihat anak kecil yang comel itu gembira dan teruja menyambut kehadiran rombongannya bersama pelakon Afdlin Shauki dan Bront Palarae serta ahli rombongan Aqsa Syarif yang lain ketika melawat tadika mereka di sana.
"Mereka sangat teruja sehinggakan menyanyi-nyanyi ketika menyambut kedatangan kami. Sambil menyanyi sambil itu mereka mengibarkan bendera Malaysia dan Aqsa Syarif.
"Saya yang melihat kesungguhan anak-anak kecil dan comel itu, saya jadi sebak terus menitiskan air mata. Namun saya cepat-cepat lari keluar supaya mereka tidak melihat saya sedih di hadapan mereka. Saya tak mahu mematahkan mood dan semangat mereka ketika itu.
"Saya tak sangka mereka begitu kuat. Yelah, dalam keadaan yang huru-hara disekeliling mereka, kanak-kanak itu boleh tenang dan bergembira. Malah mereka sangat mengalu-alukan kedatangan kami ," luahnya kepada murai.com.my ketika dihubungi.
Rombongan mereka yang pulang pada 11 Disember lalu itu ke sana bertujuan untuk menyalurkan bantuan dengan dana tabung sebanyak RM101, 300 serta untuk menghasilkan sebuah dokumentari yang diterajui oleh Afdlin Shauki.
Bercerita mengenai pengalamannya berada di bumi Palestin selama 6 hari itu, Zain memberitahu dia tidak pernah rasa setenang di sana walaupun negara berkenaan baru sahaja dilanda peperangan.
"Sebelum ke sana, memang macam-macam saya fikir dan agak mendebarkan. Namun, sebelum k esana saya sudah bertawakal dan bila sampai sahaja di sana orang-orangnya sangat tenang tanpa ada perasaan marah terhadap Israel.
"Mereka menjalani kehidupan seperti biasa sahaja. Anak-anak kecil pun bermain seperti biasa dan tak pernah takut dengan keadaaan sekeliling walaupun jet pejuang Israel berkeliaran di udara. Sebaliknya, kami pula berasa berdebar-debar dengan keadaan itu.
"Saya bangga dengan pendirian mereka. Mereka sudah punya pegangan agama yang kuat sehingga mereka tidak berasa sedih dengan kehilangan anak-anak mereka yang menjadi mangsa peperangan kerana matinya mereka dalam keadaan syahid. Sebaliknya mereka sedih kerana anak mereka tidak dapat berjuang dalam peperangan itu di masa akan datang," jelasnya lagi.
Menariknya, Zain Saidin memberitahu, pihak rombongan mereka bukan sahaja menyalurkan bantuan makanan seperti biasa tetapi menyediakan kemudahan sara hidup seperti kandang lembu, penternakan ikan dan kilang roti.
"Kami ke sana membekalkan makanan dan kemudahan sara hiudp mereka supaya selepas ini mereka boleh meneruskannya sebagai sumber makanan. Jadi untuk permulaan ini, lembu dan segala kemudahan makanan itu kami sedaiakn dahulu," tambahnya lagi.
Selepas mereka, sebuah rombongan daripada Malaysia, iaitu kumpulan Usrah Fitrah dan Aman Palestin menyusul menyalurkan bantuan pada 9 Disember lalu.

Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.