TERKINI!!! PKP undang penyu bertelur awal di Port Dickson. #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #MYTRACE #Malaysia #MKN #KKM

TERKINI!!! PKP undang penyu bertelur awal di Port Dickson. Barangkali tidak ramai yang tahu selain Terengganu, pantai peranginan Port Dickson di sini antara lokasi pendaratan penyu. 

TERKINI!!! PKP undang penyu bertelur awal di Port Dickson. Barangkali tidak ramai yang tahu selain Terengganu, pantai peranginan Port Dickson di sini antara lokasi pendaratan penyu.


Tidak menghairankan kerana kawasan ini sentiasa bingit dengan hiruk-pikuk manusia, sekali gus menenggelamkan kehadiran hidupan marin tersebut yang memerlukan suasana tenteram untuk bertelur.

Justeru, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan wabak COVID-19 sejak pertengahan Mac lepas yang menyaksikan pantai peranginan itu sepi daripada sebarang kegiatan manusia, menggamit haiwan laut berkenaan untuk mendarat  dan bertelur lebih awal daripada kebiasaan.

Penemuan 118 biji telur penyu agar dan 110 biji lagi telur yang belum dikenal pasti spesiesnya pada Isnin lepas dikongsikan oleh Jabatan Perikanan Negeri Sembilan menerusi laman Facebook jabatan itu.

Ketika dihubungi Bernama hari ini, Pengarahnya Halimi Abu Hanip berkata kali terakhir telur penyu ditemui di kawasan peranginan tersebut ialah Oktober tahun lepas.

“Telur-telur berkenaan telah dibawa ke Pusat Ikan Hiasan Port Dickson untuk dieram dan ditetaskan,” katanya, menambah lazimnya kawasan itu menjadi tumpuan penyu agar dan karah yang mendarat antara Mac dan Oktober setiap tahun.




Menurutnya terdapat dua lokasi di pantai terbabit termasuk Tanjung Tuan yang menjadi tumpuan penyu mendarat dan telah diklasifikasikan sebagai kawasan larangan perikanan mengikut Peraturan-Peraturan Perikanan (Kawasan Larangan) 1994 di bawah Akta Perikanan 1985.

“Sukar untuk temui telur penyu kerana kepesatan pembangunan di pantai serta cahaya yang terang menyebabkan haiwan ini takut untuk naik bertelur,” katanya.

Paparan Facebook jabatan tersebut mendapat perhatian warganet yang berkongsi pelbagai pandangan termasuk ada yang menyifatkan ia sebagai hikmah di sebalik pandemik COVID-19.

Pengguna Facebook, Nazwin Adila Fkf dalam komennya berkata: "Berkat PKP..pantai tenang..tiada gangguan..semoga ianya dapat diwartakan..supaya tiada gangguan di kemudian hari.”

Raouf Asis pula berkata: "Sebelum nie ada history penyu bertelur di pantai PD ke?" manakala Azizzul Hakim pula berkata: "Pejabat Perikanan Negeri Sembilan kena ambil maklum…Ramai yang kata tahu kewujudan penyu dipantai-pantai perairan PD… Ambil maklum dan siasat kesahihannya dan jenguk-jenguk tempat-tempat yang berpotensi pendaratan penyu ni..Rasanya mesti banyak lagi tempat yang maybe kita semua tak tahu...first time dengar penyu bertelur kat pantai PD..Excited".

Sementara itu, Halimi menggesa semua pihak supaya tidak mengganggu haiwan berkenaan serta tidak mengambil telurnya.

"Jika terjumpa, mohon segera maklumkan kepada Jabatan Perikanan negeri," katanya dan menambah penyu dilindungi di bawah Kaedah-Kaedah Perikanan (Penyu dan Telur Penyu) 1976 Negeri Sembilan dan Akta Perikanan 1985.

-- BERNAMA

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers