TERKINI!!! COVID-19 : 11 warga asing larikan diri selepas jalani ujian saringan ditahan - Bukit Aman. #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #MYTRACE #Malaysia #MKN #KKM
TERKINI!!! COVID-19 : 11 warga asing larikan diri selepas jalani ujian saringan ditahan - Bukit Aman. eramai 11 individu daripada 145 warga asing yang melarikan diri selepas menjalani ujian saringan wabak COVID-19 di tapak pembinaan Pavilion Embassy, Jalan Ampang di sini, kelmarin, ditahan polis.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata, lima daripadanya berjaya ditahan hari ini manakala enam lagi ditahan semalam.
Katanya buat masa ini, pihaknya sedang mengesan saki-baki pekerja warga asing yang melarikan diri itu.
"Kesemua yang melarikan diri itu adalah antara lebih 300 pekerja tapak pembinaan berkenaan, yang disaring selepas ada rakan sekerja yang didapati positif wabak berkenaan.
"Bagaimanapun kami dimaklumkan bahawa keputusan ujian kesemua 145 pekerja itu adalah negatif COVID-19," katanya dalam sidang media khas di Bukit Aman, di sini, hari ini.
Sebelum ini, sebuah portal berita tempatan melaporkan 145 pekerja warga asing melarikan diri, selepas pasukan perubatan melakukan saringan COVID-19, di kawasan tapak pembinaan itu.
Dalam pada itu Huzir berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian sembilan warga asing terdiri daripada enam lelaki Indonesia dan tiga Bangladesh, yang melarikan diri dari sebuah pusat kuarantin di Petaling Jaya, kelmarin.
“Usaha mengesan mereka sedang dijalankan,” katanya
-- BERNAMA

Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.