TERKINI!!! Peniaga Pekan Rabu bersyukur dapat kembali jalankan perniagaan. #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #MYTRACE #Malaysia #MKN #KKM
TERKINI!!! Peniaga Pekan Rabu bersyukur dapat kembali jalankan perniagaan. Peniaga di Kompleks Pekan Rabu, di sini yang menutup perniagaan masing-masing sejak 18 Mac lalu, menarik nafas lega dan bersyukur dengan langkah kerajaan negeri yang bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), bermula semalam.
Tinjauan Bernama ke kompleks perniagaan itu hari ini mendapati para peniaga mula melakukan persediaan, dengan membersihkan premis dan menyusun barangan untuk membuka semula perniagaan masing-masing.
Peniaga pakaian Mohammad Asyraf Abdul Latif, 31, berkata, kelonggaran di bawah PKPB yang membenarkan perniagaan beroperasi, membolehkan peniaga kecil sepertinya menjana semula pendapatan selepas lebih sebulan terjejas.
"Bagi kami yang berniaga ini, Alhamdulillah sebab dah banyak hari dah tutup. Kami terpaksa menjalankan perniagaan secara dalam talian, tapi memang susah sikit sebab pelanggan lebih suka datang ke kedai, untuk tengok barang yang mereka hendak beli.
“Masa PKP dilaksana juga kami terpaksa tutup perniagaan serta merta, kami tidak sempat membuat apa-apa langkah persediaan dan hanya mampu menjual menggunakan platform dalam talian yang agak kurang sambutan seperti di sini,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Peniaga barangan makanan Nofishah A.Bakar, 53, pula turut teruja untuk memulakan semula perniagaan, terutama bagi memenuhi permintaan pelanggan tetapnya.
Bagaimana pun, beliau menjelaskan semua peniaga di kompleks itu perlu menitikberatkan langkah-langkah keselamatan dan mengikuti garis panduan yang ditetapkan kerajaan, agar situasi sama tidak berulang.
“Saya juga meminta pelanggan berhati-hatilah ketika datang membeli barang di sini, perlulah menjaga jarak sosial dan menjaga kesihatan masing-masing, yang penting mengikut peraturan-peraturan yang diberitahu oleh kerajaan,” katanya.
Bagi pekerja di premis menjual makanan pula Nurul Husna Jamil, 29, dia berasa gembira dapat bekerja semula selepas lebih sebulan duduk di rumah, tanpa melakukan apa-apa.
“Saya berasa amat terkesan juga dari segi ekonomi, saya pun bekerja mendapat upah gaji harian, tetapi saya berasa syukur juga kerana adanya bantuan dari kerajaan, yang membolehkan saya meneruskan kehidupan sepanjang PKP," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Koperasi Pekan Rabu Mohamed Jalaludin Mohd Noor, 69, berkata, pihak pengurusan kompleks itu akan melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan, untuk setiap pelanggan yang memasuki Kompleks Pekan Rabu.
"Ini termasuk pemeriksaan suhu badan, memakai penutup hidung dan mulut, dan kita hanya benarkan 100 orang pelanggan sahaja berada di dalam kompleks pada satu masa, selain perlu menjaga jarakan sosial,” katanya.
Kompleks Pekan Rabu yang popular dalam kalangan orang ramai untuk mendapatkan barangan keperluan harian, selain kelengkapan menyambut Aidilfitri akan dibuka semula Sabtu ini.
-- BERNAMA

Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.