TERKINI!!! Shopee dan DoctorOnCall bekerjasama, tawar lebih pilihan jalani ujian COVID-19. #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #MYTRACE #Malaysia #MKN #KKM
TERKINI!!! Shopee dan DoctorOnCall bekerjasama, tawar lebih pilihan jalani ujian COVID-19. Tatkala rakyat Malaysia memasuki fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang seterusnya serta sedang menyesuaikan diri dengan normal baharu untuk mengekang penularan COVID-19, DoctorOnCall menjalin kerjasama dengan Shopee Malaysia untuk menawarkan lebih pilihan untuk menjalani ujian COVID-19 kepada pengunjung platform e-dagang itu.
Dalam kenyataan bersama mereka hari ini, pengguna kini boleh membeli ujian real time reverse transcriptase – Polymerase Chain Reaction (rRT-PCR) COVID-19 melalui platform kedai dalam talian DoctorOnCall di Shopee Mall.
Mereka juga boleh mendapatkan baucar di Shopee, untuk membeli ubat-ubatan yang akan dihantar kepada mereka dengan selamat, melalui laman DoctorOnCall.
Sebagai perintis kerjasama itu, DoctorOnCall dan Shopee akan menganjurkan siri pendidikan dan kesedaran kesihatan di Shopee Live, iaitu siaran langsung di platform e-dagang itu. Ia akan bermula pada 8 Mei dengan ceramah mengenai COVID-19 dan pelbagai jenis ujian oleh Qualitas Medical Group (Qualitas).
Ini akan diikuti dengan sesi perkongsian dengan sokongan Pfizer Malaysia untuk memberi penjelasan tentang pentingnya imunisasi dan bagaimana vaksin dapat mencegah penyakit yang boleh membawa maut pada 15 Mei. Sesi akhir pada 22 Mei akan bertumpu soal menjalani Ramadan dan menyambut Aidilfitri secara sihat oleh CARiNG Pharmacy.
Penstriman langsung akan bermula 10.30 pagi pada tarikh berkenaan.
Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho menerusi kenyataan hari ini berkata DoctorOnCall berhasrat memperluas jangkauan digitalnya dan menawarkan lebih banyak kemudahan kepada rakyat Malaysia terhadap perkhidmatan penjagaan kesihatan terutama dalam tempoh yang sukar ini.
"Dengan memanfaatkan teknologi dan mekanisme pemasaran kami seperti Shopee Live, DoctorOnCall dapat membawa kandungan yang disusun kepada penonton di rumah, mendidik dan memberi kesedaran mengenai pentingnya kebersihan serta idea-idea untuk menjalani Ramadan yang sihat," katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi DoctorOnCall Chiak Tang berkata sempena dengan kerjasama itu, DoctorOnCall juga akan melancarkan siri pendidikan kesihatan khusus untuk pengguna Shopee.
“Kami sebagai penyedia maklumat berkaitan kesihatan yang utama di Malaysia amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan Shopee dan rakan kongsi yang lain dalam memastikan inisiatif pendidikan kesihatan ini mencapai penonton yang lebih luas,” katanya.
-- BERNAMA

Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.