TERKINI!!! Sembilan sekatan jalan raya mulai tengah malam ini pantau pergerakan antara negeri - Polis Selangor. #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #MYTRACE #Malaysia #MKN #KKM
TERKINI!!! Sembilan sekatan jalan raya mulai tengah malam ini pantau pergerakan antara negeri - Polis Selangor. Sembilan sekatan jalan raya diwujudkan di Selangor, bertujuan memeriksa kenderaan dan individu yang terlibat dalam perjalanan rentas antara negeri, mulai tengah malam ini, kata Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin.
Beliau berkata, pihaknya telah mengenal pasti lokasi-lokasi penempatan strategik sekatan jalan raya di negeri itu.
“Sekatan jalan raya berkenaan melibatkan kawasan yang bersempadan serta menghubungkan negeri Selangor, dengan negeri lain.
"Misalnya, negeri Selangor dengan Negeri Sembilan, Pahang serta Perak," katanya ketika ditemui pemberita di sekatan jalan raya di Kilometer 14 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh, Selayang, di sini, hari ini.
Menurutnya, penempatan sekatan jalan raya di sembilan lokasi itu bertujuan memastikan hanya individu yang sah membuat permohonan melalui aplikasi Gerak Malaysia, dibenarkan melakukan perjalanan rentas antara negeri.
Beliau berkata sekiranya pemeriksaan mendapati ada individu yang tidak mendapat kebenaran melakukan perjalanan, polis tidak akan membenarkan mereka melepasi sekatan jalan raya berkenaan.
Polis sebelum ini memaklumkan orang awam boleh melakukan perjalanan rentas antara negeri bermula esok hingga 10 Mei ini menerusi permohonan aplikasi Gerak Malaysia atau borang manual yang dipaparkan di Facebook dan twitter Polis Diraja Malaysia (PDRM).
-- BERNAMA

Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.