TERKINI!!! COVID-19: Bantuan Khas Kedah dibayar berperingkat bermula 13 Mei. #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #MYTRACE #Malaysia #MKN #KKM
TERKINI!!! COVID-19: Bantuan Khas Kedah dibayar berperingkat bermula 13 Mei. Bayaran bantuan khas tunai berjumlah RM300 kepada golongan yang terkesan akibat pandemik COVID-19 di negeri ini akan dibayar secara berperingkat bermula 13 Mei ini, kata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.
Beliau berkata bantuan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi bulan lepas itu membabitkan sebanyak 22,579 pemohonan dan kerajaan negeri telah menetapkan kuota seramai 700 penerima bagi setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan dikreditkan terus ke akaun penerima bermula tarikh itu.
"Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank, bantuan khas ini akan disampaikan secara tunai oleh Ahli Dewan Undangan Negeri dan penyelaras DUN masing-masing," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Mukhriz berkata permohonan bertindih dan tidak lengkap akan dikembalikan ke pusat khidmat untuk diproses semula.
Beliau berkata mesyuarat Exco kerajaan negeri juga memutuskan operasi stesen minyak di seluruh negeri dilanjutkan dari 6 pagi hingga 10 malam dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berbanding 6 pagi hingga 8 malam sebelum ini.
Katanya waktu operasi stesen minyak dalam jajaran lebuh raya di Kedah adalah dari 6 pagi hingga 12 malam dan sehubungan itu pengguna jalan raya dinasihat mengisi minyak yang mencukupi bagi mengelakkan mereka terkandas dalam perjalanan.
-- BERNAMA

Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.