TERKINI!!! Pergerakan barangan melalui pusat pemeriksaan Padang Besar bermula Khamis - TPM Thailand. #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #MYTRACE #Malaysia #MKN #KKM
TERKINI!!! Pergerakan barangan melalui pusat pemeriksaan Padang Besar bermula Khamis - TPM Thailand. Timbalan Perdana Menteri Thailand Jurin Laksanavisit berkata Malaysia bersetuju untuk meneruskan semula pergerakan barangan menerusi jalan darat melalui pusat pemeriksaan Padang Besar di Daerah Sadao, Songkhla, selatan Thailand mulai esok.
Jurin yang juga Menteri Perdagangan berkata pengangkutan barangan melalui pusat pemeriksaan Padang Besar, yang dihentikan sementara untuk mengekang penularan wabak COVID-19 akan diteruskan semula esok.
Pergerakan rel kargo di pusat pemeriksaan Padang Besar telah bermula semula pada 11 April.
“Thailand akan menghantar semua barangan termasuk kayu getah, buah-buahan dan produk komoditi ke Malaysia melalui rel dan trak kargo menerusi pusat pemeriksaan Padang Besar mulai esok.
“Ini akan meningkatkan eksport perdagangan sempadan antara Thailand dan Malaysia,” katanya dalam kenyataan.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia yang membuka semula pusat pemeriksaan Padang Besar bagi pergerakan barangan untuk meningkatkan kerjasama perdagangan sempadan.
Bulan lepas, Jurin menulis surat kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meminta bagi diteruskan semula pengangkutan barangan melalui jalan darat antara Malaysia dan Thailand.
Malaysia ialah rakan dagang terbesar Thailand bagi perdagangan sempadan dengan dagangan dua hala bernilai 56.47 bilion baht (RM35.33 bilion) tahun lepas.
-- BERNAMA

Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.