TERKINI!!! Kerajaan negeri Selangor sumbang RM10,000 kepada keluarga Allahyarham Koperal Safwan. #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #MYTRACE #Malaysia #MKN #KKM
TERKINI!!! Kerajaan negeri Selangor sumbang RM10,000 kepada keluarga Allahyarham Koperal Safwan. Kerajaan negeri Selangor hari ini menyumbang RM10,000 kepada keluarga Allahyarham Koperal Safwan Muhammad Ismail.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata kehilangan nyawa Allahyarham Safwan ketika bertugas menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dikenang sebagai tanda pengorbanan besar dilakukan setiap hari oleh petugas barisan hadapan.
“Kerajaan negeri Selangor menzahirkan penghargaan kepada Allahyarham. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam kejadian pada 2.11 pagi Ahad lepas, Allahyarham Safwan, 31, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah pada kepala dan badan, selepas dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda dipandu pemandu disyaki mabuk dalam kejadian berhampiran Plaza Tol Kajang Selatan Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS), di Kajang.
Susulan rempuhan itu, kenderaan pacuan empat roda terbabit turut terbalik dan menghempap mangsa, yang ketika itu bertugas di sekatan jalan raya Op COVID-19, berhampiran plaza tol berkenaan.
Dalam pada itu, Amirudin menyatakan penggunaan kod QR bagi inisiatif SELangkah, iaitu sistem pendaftaran dalam talian bagi individu untuk memasuki mana-mana premis adalah berkuat kuasa serta-merta di seluruh Selangor.
Beliau berkata inisiatif yang ditawarkan secara percuma sebagai langkah pengesanan kontak itu berfungsi sebagai buku log elektronik berpusat dan memelihara rekod kehadiran individu ke mana-mana premis.
Katanya, penggunaan meluas SELangkah juga akan melengkapi usaha kerajaan Persekutuan menerusi aplikasi MyTrace dan bertindak sebagai semakan berganda untuk usaha pengesanan kontak bagi membantu pihak berwajib mengekang penularan wabak COVID-19.
Amirudin berkata orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut berserta soalan lazim mengenai inisiatif itu dengan melayari laman web www.selangkah.my atau menghubungi talian 03-55138898 dan 014-3025655.
-- BERNAMA

Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.