TERKINI!!! LZNK kesal pemohon bantuan bina rumah tidak jujur ada aset. #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #MYTRACE #Malaysia #MKN #KKM

TERKINI!!! LZNK kesal pemohon bantuan bina rumah tidak jujur ada aset. Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) kesal apabila ada segelintir mereka yang memohon bantuan pembinaan rumah dari lembaga itu, tidak bersikap jujur mengenai aset yang dimiliki.

TERKINI!!! LZNK kesal pemohon bantuan bina rumah tidak jujur ada aset. Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) kesal apabila ada segelintir mereka yang memohon bantuan pembinaan rumah dari lembaga itu, tidak bersikap jujur mengenai aset yang dimiliki.


Ketua Pegawai Eksekutif LZNK Syeikh Zakaria Othman berkata, berdasarkan permohonan yang diterima sebelum ini, ada pemohon yang memiliki atau mewarisi harta termasuk tanah daripada ibu bapa mereka, namun menyembunyikan perkara itu dari pengetahuan LZNK, ketika memohon bantuan membina rumah.

"Apabila kita menerima permohonan, kita akan semak. Sebenarnya kes tinggal di pondok, rumah usang, rumah tidak ada dinding memang banyak, tetapi apabila kita semak mereka ada harta yang diwarisi.

“Mereka sepatutnya boleh menjual sedikit tanah atau aset yang dimiliki dan bina rumah, kerana kita (LZNK) perlu bagi keutamaan bantuan kepada yang betul-betul fakir miskin dan tidak mempunyai harta langsung,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Bantuan Rumah Zakat Kedah tahun 2020 kepada penerima Abdullah Ahmad, 41, di Kampung Sampang, Bukit Wang di sini, hari ini.





Katanya, dalam hal ini permohonan membina rumah akan ditolak serta merta, sekiranya LZNK mendapati pemohon mempunyai nilai aset yang mencukupi untuk membaik pulih atau membina rumah sendiri.

Dalam pada itu, Syeikh Zakaria berkata, sepanjang tahun lalu LZNK telah membina 137 buah rumah dengan kos RM5.9 juta, dan membaik pulih 348 buah rumah, dengan kos RM8.4 juta.

Sementara itu Abdullah berkata, bantuan rumah baharu yang dibina LZNK itu dan diterima hari ini, memberi kelegaan kepada keluarganya yang sebelum ini hampir empat tahun tinggal di sebuah pondok, di dalam kebun getah.

“Rumah ini memberi keceriaan kepada kami terutama menjelang Aidilfitri tidak lama lagi, sebelum ini saya dengan isteri bersama enam anak dan seorang cucu yang berusia tiga hingga 21 tahun, tinggal di pondok itu dengan sewa RM150 sebulan dan ia tiada bilik dan dapur, tandas pula berada di luar.

“Sekarang kami tinggal di rumah yang cantik dan mempunyai tiga bilik dan satu bilik air, terima kasih kepada LZNK dan pihak yang datang membantu kami selama ini,” katanya yang bekerja sebagai penoreh getah dengan pendapatan RM500 sebulan.

-- BERNAMA

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers