TERKINI!!! Penganggur didakwa ugut bunuh ibu mentua guna parang. #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #MYTRACE #Malaysia #MKN #KKM
TERKINI!!! Penganggur didakwa ugut bunuh ibu mentua guna parang. Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Selayang di sini hari ini atas pertuduhan melakukan ugutan bunuh menggunakan sebilah parang ke atas ibu mentuanya, bulan lepas.
Tertuduh yang berusia 29 tahun itu, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa terhadapnya di hadapan Majistret Nur Hafizah Rajuni.
Lelaki itu didakwa melakukan ugutan jenayah ke atas wanita berusia 46 tahun dengan mengugut untuk membunuhnya sambil mengacukan sebilah parang di sebuah rumah di Pinggiran Lembah Hijau 9, Bandar Tasik Puteri, Rawang di sini pada 4 petang, 23 Mac lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Khairunnisak Hassni menawarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin.
Peguam Ammanjet Singh dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) yang mewakili tertuduh memohon jaminan dikurangkan kerana anak guamnya menanggung isteri dan tiga anak.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 18 Jun untuk sebutan kes.
-- BERNAMA

Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.