TERKINI!!! PKPMP: Tiada larangan pihak media buat liputan kes Nurulhidayah, suami. #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #MYTRACE #Malaysia #MKN #KKM
TERKINI!!! PKPMP: Tiada larangan pihak media buat liputan kes Nurulhidayah, suami. Tiada larangan untuk pihak media membuat liputan prosiding kes Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid dan suaminya yang dituduh di Mahkamah Majistret semalam bagi kesalahan pelanggaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), menurut Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia (PKPMP).
Menurut PKPMP dalam kenyataan hari ini, semakan dibuat oleh PKPMP mendapati pada hari berkenaan, terdapat kes-kes lain yang telah ditetapkan selain daripada kes Nurulhidayah dan suaminya Datuk Saiful Nizam Yusoff.
Menurutnya, pada masa itu pegawai pendakwaan, pegawai polis dan orang awam telah menghadiri prosiding mahkamah menyebabkan mahkamah sesak dan tidak terdapat jarak sosial.
Oleh itu, katanya mahkamah telah mengarahkan agar orang awam yang berada di dalam mahkamah terbuka untuk keluar bagi memastikan garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dipatuhi.
"Mahkamah juga tidak sedar akan kehadiran pihak media yang membuat liputan pada hari tersebut. Oleh itu tiada isu pihak media dihalang untuk membuat liputan," menurut kenyataan itu.
Mahkamah sentiasa memastikan akses kepada keadilan dilaksanakan kepada semua pihak termasuk pihak media, menurut PKPMP.
Wakil media yang hadir untuk membuat liputan kes anak perempuan dan menantu Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu semalam mendakwa tidak dibenarkan memasuki bilik bicara bagi mendengar prosiding kes berkenaan.
Butiran prosiding berkenaan kemudiannya diperoleh media daripada timbalan pendakwa raya dan peguam bela.
Nurulhidayah, 41, dan Saiful Nizam, 49, masing-masing didenda RM800 oleh Mahkamah Majistret di Putrajaya semalam selepas mereka mengaku bersalah terhadap pertuduhan melanggar PKP.
Menurut pertuduhan, pasangan suami isteri itu didakwa telah bergerak dari sebuah rumah di Jalan Bayu Nyaman Country Heights, Kajang menuju ke ibu pejabat Jabatan Alam Sekitar, Putrajaya yang merupakan tempat dalam kawasan tempatan jangkitan COVID-19 pada 9 pagi, 20 April lepas.
Berhubung hukuman terhadap B. Lisa Christina bagi kesalahan melanggar PKP, menurut PKPMP, Mahkamah Tinggi telah menggunakan kuasa semakannya untuk menggantikan hukuman penjara kepada denda.
Wanita itu pada mulanya dihukum penjara 30 hari oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya bagi kesalahan melanggar PKP tetapi Mahkamah Tinggi Shah Alam yang membenarkan permohonan semakan yang difailkan wanita itu, telah mengetepikan hukuman penjara itu dan mengantikan dengan denda RM1,000.
Menurut laporan media, Lisa Christina, sorang ibu tunggal telah mempertikaikan keputusan mahkamah yang mengenakan denda RM800 ke atas anak dan menantu Ahmad Zahid.
-- BERNAMA

Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.