TERKINI!!! Sarawak tubuh Majlis Tindakan Ekonomi rangka pelan pasca COVID-19. #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #MYTRACE #Malaysia #MKN #KKM
TERKINI!!! Sarawak tubuh Majlis Tindakan Ekonomi rangka pelan pasca COVID-19. Kerajaan Negeri Sarawak menubuhkan Majlis Tindakan Ekonomi Sarawak (SEAC) yang turut dibarisi kalangan profesional dan wakil dewan perniagaan bagi merangka agenda ekonomi pasca pandemik COVID-19.
Ketika mengumumkannya hari ini, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata strategi ekonomi bagi tempoh pasca COVID-19 itu akan dijalankan sehingga 2030.
Namun pada masa sama, majlis yang turut disertai anggota Kabinet negeri itu akan mendapatkan pandangan pelbagai sektor yang terbabit.
“Kita tidak dapat menentukan sekarang (bagi pelaksanaan strategi) kerana ia adalah mengikut dasar sebenar (yang akan diteliti SEAC) selain kekukuhan ekonomi kita,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Jelas beliau, majlis tersebut akan mengkaji semua butiran cadangan yang dikumpulkan dan seterusnya dikemukakan kepada kerajaan negeri menjelang September 2020.
Menurut Abang Johari, pandemik tersebut telah memberi impak dari segi pengwujudan dan kemunculan kelaziman baharu di peringkat global manakala perniagaan tidak dapat beroperasi seperti dahulu berikutan krisis berkenaan.
“Senario ini merupakan sesuatu yang tidak pernah kita alami dan memerlukan kaedah baharu bagi menguruskan kerja mulai sekarang dan di masa depan,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata berdasarkan situasi semasa, aspek seperti sektor ekonomi, sosial dan tadbir urus Sarawak menjelang 2030 akan dipacu oleh ekonomi digital dan kemapanan alam sekitar.
Ini sekali gus turut membuktikan kepentingan pusat-pusat data sebagai pemacu inovasi dan aplikasi digital, kata beliau.
“Persekitaran yang mapan akan terus diutamakan dalam pembangunan masa depan Sarawak. Kita akan memastikan bahawa Sarawak akan dapat mencapai persekitaran yang bersih, selamat dan berdaya tahan untuk generasi semasa serta akan datang,” katanya.
-- BERNAMA

Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.