TERKINI!!! Lelaki ditemukan mati di Port Dickson. #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #MYTRACE #Malaysia #MKN #KKM

TERKINI!!! Lelaki ditemukan mati di Port Dickson. Seorang lelaki ditemukan mati tertiarap di belakang Kompleks Pentadbiran Port Dickson, kira-kira 10.48 pagi tadi.

TERKINI!!! Lelaki ditemukan mati di Port Dickson. Seorang lelaki ditemukan mati tertiarap di belakang Kompleks Pentadbiran Port Dickson, kira-kira 10.48 pagi tadi.


Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed dalam kenyataan di sini, malam ini berkata siasatan yang dijalankan terhadap lelaki berusia lingkungan 40-an itu turut mendapati tiada sebarang pengenalan diri ditemui pada tubuh badan mangsa.

"Mangsa telah dibawa ke Hospital Port Dickson dan bedah siasat punca kematian masih belum dikenal pasti. Hasil bedah juga didapati mangsa dipercayai telah meninggal dunia lebih daripada 36 jam," katanya.




Beliau berkata tiada sebarang kecederaan atau unsur jenayah terhadap kematian mangsa dan kes setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut. 

"Bagaimanapun, polis akan meneruskan siasatan dan kepada sesiapa yang kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson di talian 06-6472222 atau balai polis berhampiran," katanya.  

-- BERNAMA

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers