TERKINI!!! Ibu tunggal, OKU kongsi kesusahan hidup harungi PKP. #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #MYTRACE #Malaysia #MKN #KKM
TERKINI!!! Ibu tunggal, OKU kongsi kesusahan hidup harungi PKP. Lain orang, lain rezekinya. Itu ungkapan sesuai untuk menggambarkan situasi berbeza yang dilalui setiap individu bagi meneruskan kehidupan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Mereka yang masih menerima gaji penuh pada hujung bulan mungkin tidak terkesan, tetapi untuk golongan tidak berpendapatan tetap seperti ibu tunggal, peniaga atau orang kurang upaya (OKU), duit simpanan menjadi ‘talian hayat’ untuk menanggung keperluan asas.
Berkongsi pengalaman mengharungi PKP, seorang ibu tunggal, Teow Siew Lee, 41, berkata kesukaran dihadapinya adalah ketika membawa kedua-dua ibu bapanya yang mempunyai penyakit diabetes dan darah tinggi ke hospital.
"Sebab saya kena jaga anak saya. Kakak ipar saya selalunya akan bawa emak saya ke hospital, tetapi (ketika PKP) dia susah datang sini (ke rumahnya).
"Saya pun tidak boleh bawa anak keluar sebab takut COVID-19 dan hanya ikut arahan yang dikeluarkan kerajaan," katanya kepada Bernama ketika ditemui di kediamannya hari ini.
Teow juga memberitahu, antara masalah besar dihadapinya adalah dari segi kewangan, lebih-lebih lagi dia kini menjadi ketua rumah dan menanggung keperluan harian keluarganya.
"Saya sebelum ini bekerja, tetapi setelah mempunyai masalah gastrik, kalau kerja pun hanya kerja sambilan," katanya, yang pernah bekerja sebagai kerani.
Seorang OKU yang mempunyai masalah pendengaran, Abdul Rashid Jusoh, 43, berkata dia sebelum ini meraih pendapatan dengan berniaga di pasar malam.
"Tidak dapat berniaga maknanya tiada pendapatan. Kalau berniaga, ada jualan adalah duit, maksudnya bila berniaga itu akan dapat pendapatan harian," katanya.
Abdul Rashid berkata selain mendapat bantuan kerajaan, dia juga bergantung kepada bantuan diberikan oleh rakan-rakannya.
Perkara menyedihkan menimpanya apabila alat pendengaran yang digunakan ketika ini rosak dan memerlukan kira-kira RM2,000 untuk menggantikannya.
"Saya kedua-dua belah (telinga) dah pekak, tidak dengar. Hanya satu yang rosak (alat pendengaran) tetapi jadi tidak seimbang sekarang sebab dengar satu belah sahaja," katanya.
Sementara itu, Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Noor Zaiha Zainal Abidin berkata pengagihan bantuan bakul makanan diberikan kepada golongan B40 dan mereka yang benar-benar terputus bekalan makanan serta hilang punca pendapatan.
Katanya, setakat ini JKM tidak berdepan dengan sebarang masalah untuk menyampaikan bantuan itu dan sentiasa memastikan semua bekalan disampaikan kepada penerima.
"Penerimaan mereka (penerima) ini, adalah baik, tiada masalah, memang kita hendak sampaikan (bantuan bekalan makanan) dan pastikan sampai ke rumah," katanya.
-- BERNAMA

Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.