TERKINI!!! KKM teruskan saringan COVID-19 di Chow Kit. #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #MYTRACE #Malaysia #MKN #KKM

TERKINI!!! KKM teruskan saringan COVID-19 di Chow Kit. Pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meneruskan ujian saringan COVID-19, terhadap penduduk di Chow Kit terutama di sekitar Jalan Raja Bot, hari ini.

TERKINI!!! KKM teruskan saringan COVID-19 di Chow Kit. Pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meneruskan ujian saringan COVID-19, terhadap penduduk di Chow Kit terutama di sekitar Jalan Raja Bot, hari ini.


Saringan yang memasuki hari ke dua bermula 9 pagi tadi itu, menyaksikan petugas kesihatan giat melakukan pemeriksaan dan bancian, bagi memastikan setiap penduduk di kawasan itu diperiksa.

Menurut salah seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Kamal, petugas kesihatan yang lengkap memakai peralatan perlindungan diri (PPE) telah membuat bancian, dengan memeriksa setiap premis di kawasan itu.

"Pasukan KKM hadir ke setiap premis di kawasan ini bagi merekod berapa ramai individu dalam satu rumah. Kami sebagai penduduk cuba memberikan kerjasama kepada pasukan KKM ini," katanya ketika dihubungi hari ini.





Difahamkan kawasan sekitar Pasar Jalan Raja Bot melibatkan kira-kira 3,000 penduduk termasuk di Jalan Haji Hussein, Kampung Manggis dan Jalan Raja Alang.

Tinjauan Bernama di sekitar Chow Kit mendapati, laluan utama keluar masuk dan jalan tikus ke Pasar Chow Kit telah diletakkan kawat duri dan dikawal ketat anggota Polis Diraja Malaysia serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Semalam, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kawalan di kawasan Chow Kit diperketatkan dari segi pentadbiran, tetapi tidak diisytiharkan sebagai Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Selain Chow Kit, di daerah Selayang terutama di Taman Desa Bakti dan Taman Wilayah turut  diklasifikasikan sebagai kawasan yang diperketatkan kawalan secara pentadbiran, iaitu aktiviti pergerakan keluar masuk di kawasan tersebut dihadkan.

-- BERNAMA

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers