TERKINI!!! R&R ditutup untuk kegunaan perjalanan rentas negeri - Ismail Sabri. #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #MYTRACE #Malaysia #MKN #KKM
TERKINI!!! R&R ditutup untuk kegunaan perjalanan rentas negeri - Ismail Sabri, Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) di semua lebuh raya termasuk gerai makan dan surau ditutup untuk kegunaan orang awam yang melakukan perjalanan rentas negeri selama empat hari bermula esok.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata hanya penggunaan tandas di kawasan R&R sahaja dibenarkan.
“Justeru mereka yang terlibat dinasihatkan untuk membawa bekalan makanan sendiri kerana gerai makanan ditutup dan pihak berkuasa juga akan berada di setiap R&R untuk memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB),” katanya pada sidang media harian di sini, hari ini.
Ismail Sabri berkata bagi perjalanan yang jauh, orang ramai dibenarkan untuk berhenti rehat di kawasan itu namun perlu berada dalam kenderaan sahaja, selain operasi stesen minyak turut dibuka dari pukul 6 pagi hingga 12 malam di sepanjang lebuh raya.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum ini mengeluarkan jadual pergerakan rentas negeri selama empat hari bermula esok bagi membolehkan orang ramai yang terkandas disebabkan penguatkuasaan PKP pulang ke kediaman masing-masing.
Sementara itu, Ismail Sabri berkata perjalanan merentas negeri menerusi aplikasi Gerak Malaysia untuk esok hanya dikhususkan kepada mereka yang terkandas di Kuala Lumpur dan ingin pulang ke kediaman masing-masing di negeri lain.
Beliau berkata selain itu, kebenaran juga diberikan terhadap mereka yang tinggal di Kuala Lumpur dan ingin mengambil anak-anak di kampung atau anggota keluarga lain yang sebelum ini terkandas di kampung ekoran pelaksanaan PKP.
“Esok dikhususkan untuk orang ramai di Kuala Lumpur pulang ke kediaman masing-masing di negeri lain, serta mereka yang ingin ambil keluarga, anak misalnya. Bila cuti hantar balik kampung, tinggal bersama datuk nenek.
“Setelah PKP dilaksanakan anak sudah terlalu lama berada bersama datuk dan nenek, jadi kita benarkan mereka melakukan perjalanan ambil balik anak mereka. Kalau ingin tinggal sehari dua (di kampung) boleh, tetapi kena maklum tarikh perjalanan pulang dan mesti mematuhi jadual yang ditetapkan oleh polis sebelum ini,” katanya.
Menerusi Gerak Malaysia, PDRM telah menetapkan empat hari pergerakan untuk merentas negeri mulai esok sehingga Ahad bagi membolehkan orang ramai yang terkandas melakukan perjalanan untuk kembali ke kediaman masing-masing.
Selepas Kuala Lumpur, ia akan diikuti dengan pergerakan pulang dari Perak, Johor dan Kelantan (Jumaat) manakala Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka dan Pahang (Sabtu) dan Selangor, Negeri Sembilan, dan Terengganu (Ahad).
-- BERNAMA

Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.