TERKINI!!! Polis kesan 9 warga asing lari dari pusat kuarantin COVID-19. #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #MYTRACE #Malaysia #MKN #KKM

TERKINI!!! Polis kesan 9 warga asing lari dari pusat kuarantin COVID-19.Polis sedang menjejaki sembilan pekerja binaan warga asing yang dilapor melarikan diri dari pusat kuarantin COVID-19 di ibu negara.

TERKINI!!! Polis kesan 9 warga asing lari dari pusat kuarantin COVID-19.Polis sedang menjejaki sembilan pekerja binaan warga asing yang dilapor melarikan diri dari pusat kuarantin COVID-19 di ibu negara.


Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata mereka yang merangkumi enam lelaki warga Indonesia dan tiga lelaki Bangladesh ditempatkan di pusat kuarantin tersebut selepas didapati negatif COVID-19 bagi memastikan mereka benar-benar bebas daripada jangkitan.

"Tiga laporan polis telah diterima dan kejadian disedari sewaktu pengadu dan doktor yang bertugas membuat rondaan memeriksa pesakit yang dikuaratin di pusat itu.

"Hasil siasatan turut mendapati terdapat kesan pagar di kawasan pusat kuarantin itu telah dirosakkan dan dipercayai menjadi laluan mereka melarikan diri," katanya dalam kenyataan hari ini.




Beliau berkata susulan kejadian, kawalan di pusat itu dipertingkat dengan penambahan jumlah anggota bertugas selain kawasan pagar yang dirosakkan dipasang dengan kawat duri dan lampu bagi mengelakkan kejadian berulang.

Kes disiasat menurut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (APPPB) 1988. 

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kes ini diminta menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berdekatan,” katanya.

-- BERNAMA

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers