TERBARU!!! Seksyen 17A SPRM bantu pulih ekonomi negara. #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #GERAKMALAYSIA #Malaysia #MKN #KKM
TERBARU!!! Seksyen 17A SPRM bantu pulih ekonomi negara. Pelaksanaan Seksyen 17A Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 pada 1 Jun ini yang memperuntukkan kesalahan rasuah oleh organisasi komersial, merupakan langkah tepat ketika Malaysia sedang membuka semula pintu ekonomi yang terjejas akibat krisis COVID-19.
Pensyarah Undang-Undang Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof Madya Dr Haidar Dziyauddin berkata undang-undang baharu ini akan menjadi 'mata-mata' kepada organisasi komersial supaya tidak terlibat dengan rasuah ketika berlumba-lumba mencari keuntungan pada pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
Beliau berkata, kajian yang dijalankan oleh University of the West of England pada 2013, ketika krisis ekonomi, jumlah rasuah kalangan organisasi komersial berlaku pada skala amat besar kerana masing-masing mahu memulihkan perniagaan dengan segera.
"Ini memberi peluang dan ruang kepada mereka dalam dunia perniagaan untuk terlibat rasuah kerana ketika krisis masing-masing kesempitan, kekurangan dana dan simpanan, jadi apabila keadaan kembali kepada normal mereka akan berusaha mendapat keuntungan secepat mungkin walaupun dengan rasuah", katanya kepada Bernama TV pada Khamis.
Sehubungan itu, Dr Haidar berkata peruntukan undang-undang Seksyen 17A SPRM 2009 Jun ini adalah tepat pada waktunya supaya Malaysia mempunyai ekosistem organisasi komersial seimbang tatkala negara sedang bangkit semula melakar fasa pemulihan ekonomi.
Beliau berkata, melalui Seksyen 17A Akta SPRM 2009, organisasi komersial juga boleh dihukum sekiranya pekerja atau kakitangannya terlibat dengan jenayah rasuah.
"Khususnya bagi organisasi komersial ataupun pihak korporat, Seksyen 17A ini bukan musuh mereka, ia adalah bagi memastikan mereka mengikut lunas undang-undang dalam menjalani perniagaan, sudah pasti jika mereka patuh kerancakan ekonomi akan lebih berkesan dan kemungkinan skala untuk kita kembali pulih dalam pasaran akan menjadi lebih cepat,", katanya.
Dalam pada itu, Dr Haidar berkata, pelaksanaan peruntukan Seksyen 17A Akta SPRM 2009 ini juga akan menaikkan imej negara di mata dunia.
Kesannya, pelabur-pelabur dari luar negara akan lebih yakin dengan pasaran Malaysia apabila melihat kerajaan bersungguh-sungguh melaksanakan undang-undang baharu tersebut dalam membanteras rasuah.
"Selain itu juga, organisasi komersial negara juga akan menjalani budaya baru yang lebih bersih dan menjalankan perniagaan dengan jujur dan memastikan warga mereka tidak menggunakan rasuah untuk mendapat keuntungan,"katanya.
Pada 5 April 2018, Parlimen meluluskan pindaan Akta SPRM 2009 bagi mengukuhkan undang-undang berkaitan pencegahan rasuah di Malaysia, terutama dalam dunia perniagaan. Peruntukan undang-undang baharu, Seksyen 17A Akta SPRM 2009 memperuntukkan kesalahan rasuah oleh organisasi komersial.
Undang-undang ini akan berkuat kuasa mulai 1 Jun depan iaitu selepas dua tahun kelulusan Parlimen.
-- BERNAMAKM

Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.