TERBARU!!! Petugas agensi penguat kuasa dikenal pasti dalam sindiket penyeludupan migran di Johor. #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #GERAKMALAYSIA #Malaysia #MKN #KKM
TERBARU!!! Petugas agensi penguat kuasa dikenal pasti dalam sindiket penyeludupan migran di Johor. Pegawai dan anggota agensi penguat kuasa adalah antara beberapa individu yang disyaki menjadi dalang sindiket penyeludupan migran di Johor.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata terdapat kira-kira 20 sindiket yang dikenal pasti dan sedang dipantau oleh polis, termasuk sindiket tempatan dan yang bersembunyi di Batam, Indonesia.
“Dalang yang dikenal pasti pula kurang daripada 10 orang termasuk pegawai dan anggota agensi penguat kuasa,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor, di sini, hari ini.
Beliau berkata dalam masa sama, pihaknya memberikan tumpuan terhadap usaha mengesan dan menahan tekong darat dan laut yang memainkan peranan dalam menjalankan kegiatan penyeludupan migran berbanding usaha sebelum ini yang banyak tertumpu kepada penahanan migran.
Ayob Khan turut memberi amaran kepada pemilik tanah, rumah sewa, inap desa, hotel dan rumah kongsi supaya tidak bersekongkol dengan sindiket penyeludupan migran dengan menjadikan rumah kongsi mereka sebagai tempat penampungan atau perlindungan migran.
“Begitu juga dengan aktiviti pemandu teksi yang bersekongkol dengan rangkaian penyeludupan migran dengan menghantar ke rumah tumpangan,” katanya.
Dalam perkembangan terbaharu, Ayob Khan berkata polis menahan 20 tekong dan 24 migran warga Indonesia menerusi Op-Pintas Bersepadu Selatan dalam sembilan serbuan di Wilayah Iskandar dan Kota Tinggi, antara 22 dan 27 April lalu.
Beliau berkata tekong yang ditahan terdiri daripada sembilan lelaki dan seorang wanita tempatan serta sembilan lelaki dan seorang wanita Indonesia berusia antara 20 dan 57 tahun manakala kesemua migran yang ditahan pula terdiri daripada 21 lelaki dan tiga wanita Indonesia berusia antara 19 dan 31 tahun.
Polis turut merampas sepucuk pistol tiruan, lapan peluru hidup .38, sebuah kereta Proton Wira yang dijadikan teksi, 27 telefon bimbit, wang tunai RM2,000 serta 3.95 juta rupiah.
Kesemua mereka akan disiasat mengikut Seksyen 26A ATIPSOM 2007, Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 8 dan Seksyen 36 Akta Senjata Api 1960 serta Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.
Menerusi Op-Pintas Bersepadu Selatan melibatkan pelbagai agensi itu, kawalan akan diperketatkan di pintu masuk terutama kawalan kemasukan pendatang migran melalui laluan tidak sah dan barangan seludup ke negara ini semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dan pada masa hadapan, katanya.
-- BERNAMA

Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.