allHAMDULILLAH! PKP: Kerajaan Sabah benarkan dua orang dalam satu kenderaan. #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #GERAKMALAYSIA #Malaysia #MKN #KKM
allHAMDULILLAH! PKP: Kerajaan Sabah benarkan dua orang dalam satu kenderaan. Kerajaan Sabah hari ini memutuskan untuk membenarkan pergerakan dua orang dalam satu kenderaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selaras dengan peraturan baharu yang diumumkan kerajaan Persekutuan, semalam.
Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Safar Untong berkata keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Pusat Arahan COVID-19 Sabah selepas memperinci keputusan yang diumumkan kerajaan persekutuan, semalam.
“Selaras dengan Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) (No. 4) 2020, seseorang itu adalah dibenarkan untuk ditemani oleh seorang lagi untuk keluar bagi mendapatkan dan membeli barangan keperluan seperti makanan, perubatan dan apa-apa keperluan, dengan syarat orang yang menemani itu hendaklah yang tinggal serumah,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata untuk barangan penjagaan kesihatan dan perubatan, seseorang itu boleh ditemani oleh mana-mana orang lain yang semunasabahnya perlu.
Semalam, Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata keputusan membenarkan dua orang dalam satu kenderaan oleh kerajaan Persekutuan itu perlu diperinci dan dibincangkan terlebih dahulu sebelum ia dilaksana di peringkat negeri.
-- BERNAMA

Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.