ALHAMDULILLAH!!! PKP 4: Kelantan benar bengkel kereta, kedai perkakasan, dobi beroperasi. #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #GERAKMALAYSIA #Malaysia #MKN #KKM

ALHAMDULILLAH!!! PKP 4: Kelantan benar bengkel kereta, kedai perkakasan, dobi beroperasi. Kerajaan Negeri Kelantan membenarkan bengkel kereta, kedai perkakasan dan kedai dobi bukan layan diri beroperasi bermula hari ini di bawah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa keempat jika pemilik telah mendapat kelulusan beroperasi daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) peringkat negeri Kelantan hari ini.

"Walaupun Kerajaan Persekutuan sebelum ini memberi kelonggaran untuk tiga sektor ini beroperasi pada PKP fasa ketiga yang lepas, namun kerajaan negeri mengambil keputusan untuk menahan sementara kebenaran itu untuk melihat perkembangan semasa.

Namun bermula hari ini pemilik perniagaan yang telah mendapat kelulusan daripada MITI boleh membuka kembali perniagaan mereka selepas mendapat permit daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi termasuk waktu operasi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) peringkat negeri yang dipengerusikan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.

Ditanya mengenai kebenaran melakukan solat jemaah termasuk solat Terawih di masjid selepas Kelantan tidak lagi merekodkan kes baharu COVID-19 sejak beberapa hari lepas, beliau berkata ia bergantung kepada keputusan di peringkat Persekutuan.

"Kita tunggu dahulu keputusan di peringkat Kerajaan Persekutuan. Kalau Kerajaan Persekutuan kata dah boleh solat berjemaah di masjid kita akan ikutlah.

Kita tak boleh mendahului kerana dasar secara umum ditentukan oleh MKN. Kita di negeri tak boleh nak pandai-pandai," katanya.

-- BERNAMA

Comments

Recent Posts Widget

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers