TERBARU!!! COVID-19: Tiga kes baharu babit dua kluster di Sarawak dikesan - KP Kesihatan. #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #GERAKMALAYSIA #Malaysia #MKN #KKM

TERBARU!!! COVID-19: Tiga kes baharu babit dua kluster di Sarawak dikesan - KP Kesihatan. Sebanyak tiga kes baharu dikesan membabitkan dua kluster COVID-19 di Sarawak hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

TERBARU!!! COVID-19: Tiga kes baharu babit dua kluster di Sarawak dikesan - KP Kesihatan. Sebanyak tiga kes baharu dikesan membabitkan dua kluster COVID-19 di Sarawak hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.


Beliau berkata, bagi kluster Persidangan Gereja di Kuching terdapat satu kes baharu yang menjadikan jumlah kes positif COVID-19 kluster itu 176 kes.

Dr Noor Hisham berkata, daripada jumlah itu 86 kes discaj yang telah pulih sepenuhnya, 85 kes sedang dirawat di wad biasa di hospital; dua kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan  tiga  kes kematian (kes ke-358, kes ke-2471 dan kes ke-2864).

“Bagi kluster Hospital Umum Sarawak (HUS) melibatkan anggota kesihatannya pula, terdapat dua kes baharu, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 kluster ini 56 kes dengan 35 telah pulih sepenuhnya dan 21 kes lagi sedang dirawat di hospital,” katanya.

Bercakap pada sidang media harian perkembangan COVID-19 di Kementerian Kesihatan hari ini, Dr Noor Hisham berkata kebanyakan kes daripada kluster HUS berkait rapat dengan kluster Persidangan Gereja dengan 29 kes atau 51.8 peratus.

Bagi kluster Individu Dalam Siasatan (PUI) Itali, beliau berkata tiada kes baharu yang dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes positif kluster itu kekal 63 kes.

“Daripada jumlah kes positif kluster ini, 26 kes telah pulih sepenuhnya, 31 kes sedang dirawat di wad biasa di hospital; satu kes kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan lima kematian (iaitu kes ke-1,031, kes ke-1,032, kes ke-1,006, kes ke-2,850 dan kes ke-2,210).

Mengenai kluster HUS, Dr Noor Hisham berkata berdasarkan siasatan, sehingga kini tiada kes yang berpunca daripada pengendalian kes positif dari wad COVID19 dan unit rawatan rapi (ICU) di hospital itu.

Sehingga semalam, 2,003 orang kontak rapat telah dikenalpasti hasil aktiviti pengesanan kontak rapat secara aktif dan didapati 1,950 anggota kesihatan adalah negatif.

Beliau berkata, susulan kluster itu langkah pembendungan yang ketat dijalankan termasuk proses nyahkuman di kawasan berkaitan, aktiviti mobilisasi anggota dari hospital dan klinik kesihatan berdekatan, pesakit rendah imun dipindahkan ke fasiliti berdekatan dan pengaturan tempat kediaman anggota kesihatan serta saringan menyeluruh secara berkala di semua lokasi berisiko tinggi dalam hospital.

-- BERNAMA

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers