SCAMMER!!! 11 penipuan menyamar 'kawan lama' direkodkan di Kota Kinabalu sejak Mac. #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #GERAKMALAYSIA #Malaysia #MKN #KKM

SCAMMER!!! 11 penipuan menyamar 'kawan lama' direkodkan di Kota Kinabalu sejak Mac. Sebanyak 11 laporan berkaitan penipuan menyamar sebagai ‘kawan lama’ diterima di daerah ini membabitkan kerugian RM109,400 sejak Mac sehingga kini, kata Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Habibi Majinji.

Beliau berkata berdasarkan siasatan, kesemua mangsa yang terlibat menerima panggilan daripada individu yang menyamar sebagai rakan dan meminta untuk meminjam sejumlah duit.

“Alasan yang diberikan oleh suspek berkenaan adalah kehilangan telefon dan dompet…selepas mangsa memasukkan wang ke dalam akaun yang diberikan, mangsa tidak menghubungi suspek berkenaan.

“Apabila sedar telah ditipu, kesemua mangsa kemudiannya mambuat laporan polis,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Habibi berkata kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai untuk berhati-hati apabila menggunakan media sosial, kerana ia adalah satu daripada punca menjadi sasaran sindiket penipuan berkenaan.

“Orang ramai juga boleh membuat pengesahan akaun yang diberikan oleh sindiket berkenaan di laman web http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/,” katanya.

-- BERNAMA

Comments

Recent Posts Widget

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers